Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Semai Ilmu Demokrasi Seawal Usia; Lahir Belia Matang

By 11 Julai 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Abd.Aziz Osman (Seberang Perai Tengah)

PERAI, 11 Julai (Malaysiaaktif)  – Bersedia atau tidak, itu menjadi perbualan dan perdebatan ramai  mengenai cadangan berkenaan pindaan had umur kelayakan  mengundi diturunkan kepada usia 18 tahun.

Namun apabila berbicara soal bersedia atau tidak ianya amat begitu subjektif untuk dipersoalkan sepertimana cadangan pindaan rang undang yang lain sebelum ini selagi mana ianya tidak dicuba terlebih dahulu untuk dipratikkan.

Namun begitu apa yang dapat kita lihat melalui reaksi parti-parti politik ianya tidak begitu sukar untuk pindaan ini diluluskan memandangkan pihak kerajaan mahupun pembangkang rata- ratanya amat menyokong pindaan ini dilakukan malah hujah ini turut dikuatkan apabila sudah ada beberapa negara didunia seperti kanada dan New zealand telahpun  membenarkan remaja seusia 18 tahun boleh menjadi pemilih.

Apa yang menjadi kebimbangan sesetengah pihak ialah tentang kebolehupayaan remaja membuat keputusan dan pertimbangan yang rasional dalam mencorakkan masa depan negara.

Para pelajar diberi penerangan secara terperinci bagaimana proses dibilik pengundian berlangsung

Para pelajar diberi penerangan secara terperinci bagaimana proses dibilik pengundian berlangsung

Menyedari hakikat ini Pejabat Penerangan Daerah Seberang Perai Tengah dan Pihak Suruhanjaya Pilihanraya Pulau Pinang tidak menoleh ke belakang dengan berkolobrasi secara bersama menjayakan program di sekolah Menengah Taman Inderawasih,Perai. Usaha ini bertujuan menyampaikan maklumat berkenaan sistem amalan demokrasi secara lebih dekat kepada para pelajar.

Selain itu, program ini turut menjalankan aktiviti berbentuk simulasi ditempat pembuangan undi apabila berlakunya sesuatu pilihanraya umum mahupun Pilihanraya kecil.

Menurut adik Nadia Nazirah 16 berkata,beliau amat bersetuju sekiranya pindaan had umur ini diturunkan. Setelah mengikuti simulasi yang dijalankan beliau amat berpuas hati dengan tahap ketelusan dalam amalan sistem demokrasi di negara ini.

Menurut Haji Ramli Ahmad Pengetua Sekolah Taman Inderawasih beliau amat berbesar hati apabila pihak Jabatan Penerangan dan Suruhanjaya Pilihanraya hadir mengadakan program seperti ini.Katanya dengan adanya program seperti ini dapatlah menambah pengetahuan pelajar-pelajarnya bagi membuat persediaan menjadi pengundi yang sah. Malah ianya merupakan satu pendedahan awal yang cukup kepada generasi muda.

Tinggalkan komen anda