Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Amalan Aktiviti 3S Bantu Pelajar Hadapi SPM

By 11 Julai 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto:Ariza Mohamed Zaki (Seberang Prai Utara)

KEPALA BATAS, 11 Julai (Malaysiaaktif) – Pakar Motivasi yang terkenal Dr. Mohd Shukri Abdullah berkongsi ilmu beliau pada program ‘Aku Insan Hebat’ yang berlangsung di Dewan Millinium, di sini semalam.

Program Motivasi dan kecemerlangan diri kepada pelajar-pelajar tingkatan empat dan lima memberi manfaat kepada 1500 orang pelajar yang terpilih dari seluruh daerah di Pulau Pinang bagi melengkapkan diri untuk menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun hadapan.

Antara yang di tekankan adalah Amalan aktiviti 3S iaitu ‘Sebelum, Semasa dan Selepas kelas’ akan dapat membantu para pelajar merancang pembelajaran dengan lebih berkesan serta lebih cemerlang bagi menghadapi peperiksaan utama.

Majlis ini  dirasmikan oleh YB Tuan Haji Mohd Tuah Ismail selaku pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan dan Dakwah merangkap ADUN Pulau Betong. Turut hadir bersama Ustaz Abdul Razak Haji Osman yang mewakili Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang.

Pelajar Nur Afiqah Sahira, 16 tahun dari Sekolah Menengah Kampung Selamat berkata, “Teknik yang diajarkan dan disampaikan oleh penceramah amatlah menarik sekali, kerana dengan cara teknik pengukuhan daya ingatan dan peta minda dapatlah membantu saya memudahkan kerja-kerja menulis nota dan seterusnya memberikan keyakinan kepada diri saya”. Ujarnya. Beliau yang merupakan pengawas pusat sumber sekolah berharap akan mendapat 9A dalam peperiksaan SPM 2020 nanti.

Bagi guru dari Sekolah Menengah Methodist Nibong Tebal, Encik Muhd Ghazali pula berkata,”Program ini diharapkan akan dapat memastikan dan membimbing para pelajar untuk membina keyakinan diri dalam menjawap soalan – soalan peperiksaan nanti,” Beliau yang merupakan guru dalam matapelajaran pendidikan islam sentiasa mendoakan semoga semua para pelajar akan memperolehi kejayaan yang cemerlang.

Program berkenaan adalah anjuran bersama jawatankuasa Dakwah dan Pembangunan Insan (Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang), Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang dan Yayasan Islam Pulau Pinang.

Tinggalkan komen anda