Skip to main content
Berita TempatanHomePutrajayaTrending

Pertandingan Keceriaan Bulan Kebangsaan; Peluang Orang Ramai Zahir Semangat Patriotik

By 11 Julai 2019Julai 16th, 2019Tiada komen2 minit bacaan

PUTRAJAYA. 11 Julai (Malaysiaaktif) – Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) menganjurkan Pertandingan Kecerian Bulan Kebangsaan 2019 bersempena dengan sambutan  Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2019. Tempoh Penyertaan pertandingan tersebut bermula pada 1 hingga 31 Julai 2019 dan penilaian pertandingan akan diadakan pada 1 Ogos hingga 16 September 2019.

Menurut kenyataan JaPen, pertandingan ini merupakan program tahunan JaPen sejak tahun 2010 lagi bertujuan memupuk semangat patriotik dan cintakan Negara di samping meningkatkan kesedaran dan penghayatan kemerdekaan sama ada secara individu ataupun organisasi melalui cetusan kreativiti dalam menyampaikan informasi kenegaraan.

Fokus utama penganjuran pertandingan adalah untuk memberi pengiktirafan serta penghormatan  kepada rakyat Malaysia melalui suasana keceriaan dan cetusan kreativiti pengibaran Jalur Gemilang di kawasan kampung, bangunan serta premis masing- masing dalam usaha menggelorakan semangat patriotik secara holistik dan bersepadu.

Hadiah wang tunai, Momento, Plak dan sijil ditawarkan kepada pemenang menerusi sembilan (9) Kategori, iaitu Bangunan Kerajaan, Bangunan Swasta, Kampung (Kampung Tradisional/Kampung Baru Cina/Kawasan Estet/Felda), Sekolah Menengah (Termasuk SMKA, SM Teknik dan Vokasional), Sekolah Rendah (Termasuk SJK(T) dan SJK(C)), Taman Perumahan, Individu (Kediaman), Pintu Gerbang, dan Institut Pengajian Tinggi Awam/institute Pengajian Tinggi Swasta.

Penilaian akan meliputi tiga aspek utama iaitu aspek kreativiti (keunikan kepelbagai reka bentuk menggunakan bendera), aspek daya tarik (kelainan yang ditonjolkan) dan aspek nilai tambah (pantun,slogan atau kata-kata patriotik)

Penyertaan adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia menerusi borang penyertaan yang boleh didapati di semua Jabatan Penerangan Negeri/Daerah atau boleh muat turun dari laman sesawang rasmi Jabatan Penerangan Malaysia www.penerangan.gov.my

-ER

Tinggalkan komen anda