Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

TYT Hadir Majlis Forum Perdana Ehwal Islam

By 19 Julai 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Baharruddin Mohamad/Saiful Bahari (Sarawak)

SAMARAHAN, 19 Jul (Malaysiaaktif) – Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud hadir pada majlis Forum Perdana Ehwal Islam sempena hari Ulang Tahun Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat Ke-5 bertempat di Padang Kawad Kem Muara Tuang Kota Samarahan, malam tadi.

Lebih 2500 orang hadir sama terdiri dari anggota Tentera dan penduduk sekitar Kota Samarahan, Forum anjuranĀ  bersama di antara Pemerintahan Medan Timur dan Majlis Islam Sarawak dengan tajaan utama oleh Bank Muamalat Malaysia Berhad.

Barisan panel iaitu Mejar Jeneral Datoā€™ Hj Kamaruddin Hj Mamat, Sahibus Samahah Datu Haji Kipli Haji Yassin, Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim,

Barisan panel iaitu Mejar Jeneral Datoā€™ Hj Kamaruddin Hj Mamat, Sahibus Samahah Datu Haji Kipli Haji Yassin, Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim,

Dengan tajuk ATM: Syukur Dalam Reda, forum ini menampilkan tiga ahli panel iaitu, Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera Mejar Jeneral Datoā€™ Hj Kamaruddin Hj Mamat, Mufti Kerajaan Negeri Sarawak Sahibus Samahah Datu Haji Kipli Haji Yassin, Pensyarah Kanan Fiqh Kontemporari dan Pematuhan Halal Fukulti Pengajian Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia Profesor Madya Dato Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, dan moderator forum Al Fadhil Ustaz Haji Zakaria Bin Othman Ā daripada Ketua Unit Komunikasi Korporat Jakim.

Menurut Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan JeneralĀ  Datuk Wira Zamrose Mohd Zain, tajuk Forum ATM: Syukur Dalam Reda telah di pilih kerana ia merupakan dua elemen penting yang menjadi asas kepada kecemerlangan individu muslim sama ada dari kalangan anggota tentera mahupun orang ramai.

Antara lain penghayatan terhadap elemen ini dapat membentuk keperibadian mulia kerana sentiasa mensyukuri dan reda terhadap apa jua bentuk dan jumlah nikmat pemberian serta ketetapan dari Allah Subhana wataā€™ala, jelasnya.

Menurut beliau lagi, setiap mukmin yang sempurna keimanannya akan sentiasa mendapat kebaikan dalam urusannya kerana dia sentiasa bersyukur.

Tetamu yang hadir yang menyaksikan Forum Perdana yang terdiri dari Angkatan Tentera dan orang awam dari sekitar Kota Samarahan.

Tetamu yang hadir yang menyaksikan Forum Perdana yang terdiri dari Angkatan Tentera dan orang awam dari sekitar Kota Samarahan.

Manakala apabila ditimpa kesusahan dia bersabar dengan ujian tersebut kerana dengan kesabaran itu dapat menaikkan kedudukannya serta dianugerahkan pahala tanpa batasan daripada Allah SWT.

Turut hadir Ketua Menteri Sarawak, Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg, LeftenanĀ  JeneralĀ  DatukĀ  Wira Zamrose Mohd Zain, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Ketua Eksekutif Bank Muamalat, Yang Berbahagia Datoā€™ Hj Mohamad Redza Shah Abdul Wahid, Dan Isteri, Yang Berbahagia Datin Mumtazah Binti Farikhullah Khan, Mejar Jeneral Dato Md Din bin Haji Abu, Panglima 1 Divisyen serta Brigedier Jeneral Isa bin Jaafar, Panglima 3 Briged.

-ER

Tinggalkan komen anda