Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Program Kesihatan dan Sentuhan Rakyat di Jempol

By 19 Julai 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Ramasamy Amas / Siti Noorezrin Mahmood (Jempol)

 

JEMPOL, 19 Jul (Malaysiaaktif) –Program Kesihatan dan Sentuhan Rakyat telah diadakan bertempat di dewan terbuka Rumah Rakyat Jambu Lapan, Bahau, semalam. Program ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru yang juga ADUN Bahau, Teo Kok Seong.

Teo Kok Seong turut membuat pemeriksaan mata.

Teo Kok Seong turut membuat pemeriksaan mata.

“Kerajaan mampu memberi perkhidmatan kesihatan terbaik kepada rakyat dan menyediakan pelbagai kemudahan dan insiatif seperti mengadakan pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan mata melalui unit bergerak. Semua ini bertujuan untuk membolehkan rakyat mengukur tahap kesihatan masing-masing agar langkah awal dapat diambil. Program hari ini bukan sahaja boleh memeriksa kesihatan tetapi umpama dua dalam satu kerana dalam masa yang sama terdapat kaunter khidmat nasihat seperti Mysalam, Peka B40 dan sebagainya. Segala maklumat boleh diperolehi tanpa kita perlu ke agensi terbabit. Usaha giat semua pihak ini harus disokong dan dipuji,” ujar Kok Seong.

Program anjuran Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Rumah Rakyat Jambu Lapan dengan kerjasama Klinik Kesihatan Bahau dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Bahagian Falkulti Mata dan Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Daerah Jempol telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dalam kalangan masyarakat setempat.

 “Program ini amat baik dan perlu diadakan secara berkala. Saya bukan sahaja membuat pemeriksaan badan tetapi juga dapat periksa mata. Umpama dua dalam satu, tidak perlu pergi ke klinik untuk pemeriksaan kerana semua ada di sini,” kata Rahimah Karim, 69 tahun.

Teo Kok Seong bersama pengerusi KRT dan pegawai agensi yang terlibat.

Teo Kok Seong bersama pengerusi KRT dan pegawai agensi yang terlibat.

Sementara itu, Pengerusi KRT Jambu Lapan, S.Jagantahan selaku penganjur program tersebut berkata tujuan program ini diadakan untuk memberi kemudahan kepada orang ramai untuk mengadakan pemeriksaan kesihatan  setempat tanpa perlu pergi ke klinik ataupun hospital secara percuma di samping dapat menjimatkan masa.

Menurut beliau lagi, selain daripada pemeriksaan kesihatan turut diadakan kaunter Khidmat Rebet TNB, Daftar Mysalam, PEKA, MPOB dan Daftar Bantuan Kebajikan  agar orang ramai mendapat penerangan lebih jelas tentang kemudahan yang disediakan oleh kerajaan kepada rakyat.

Hadir sama dalam program tersebut adalah Pengarah MPOB Negeri Sembilan, Pakar Mata daripada USIM, doktor perubatan daripada Hospital Kuala Pilah dan Pejabat Kesihatan Daerah serta wakil-wakil agensi.

-KN

Tinggalkan komen anda