Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

1,000 Jalur Gemilang Diedar Kepada Pengguna Jalan Raya di Sik

By 30 Ogos 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Fasharina Kholil/Pusat Khidmat Rakyat DUN Jeneri (Sik)

SIK, 30 Ogos (Malaysiaaktif) – Pusat Khidmat Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri mengedarkan kira-kira 1,000 Jalur Gemilang kepada pengguna jalan raya di sekitar daerah sini bagi memeriahkan Sambutan Bulan Kebangsaan 2019, di sini baru-baru ini.

Menurut Penyelaras DUN Jeneri Mohd Nazri Abu Hassan, usaha ini adalah bagi mengajak orang ramai untuk mengibarkan Jalur Gemilang bagi menzahirkan rasa cinta kepada negara serta menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan negara yang bakal disambut esok.

“Usaha ini juga bagi menyemai serta menyubur semangat patriotik dalam kalangan rakyat khususnya generasi muda agar sentiasa sayang dan cintakan tanahair.

“Sebagai warganegara Malaysia, kita seharusnya bersyukur dan merasa bertuah kerana dapat menikmati dan berkongsi kemakmuran hidup bersama,” ujarnya ketika ditemui.

Jelas Mohd Nazri lagi, semangat patriotisme boleh dizahirkan dengan mengibarkan bendera kerana ia adalah sesuatu yang amat penting bagi menyatakan keseronokan dan kegembiraan kita dalam menyambut ulangtahun hari kemerdekaan negara.

“Jalur Gemilang merupakan simbol kebanggaan kita sebagai seorang warganegara Malaysia. Ia menunjukkan simbol pengorbanan, kebebasan dan kebanggaan rakyat Malaysia,” katanya lagi.

-SH

Tinggalkan komen anda