Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Budaya K-Pop Tidak Jejas Semangat Patriotisme

By 26 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/Foto: Azuraini Abd Majid/Edawati Sulaiman 

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Malaysiaaktif) – Kehadiran budaya K-Pop sejak akhir-akhir ini menjadi satu fenomena kegilaan ramai tanpa mengira usia, jantina mahupun kaum. Tidak kira di mana-mana sahaja kita pasti dapat melihat pengaruh Korea, dari segi muzik, drama, filem, fesyen, barangan keperluan rumah dan juga makanan.

Menurut Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad, budaya  K-Pop bukanlah sesuatu yang baharu dan ia tidak menjejaskan nilai jati diri mahupun semangat patriotisme generasi muda zaman sekarang.

“Budaya ini merupakan satu trend yang sentiasa berubah mengikut peredaran masa. Jika satu ketika dahulu demam ‘Oshin’ mahupun demam Bollywood pernah menyusuri zaman, kini budaya K-Pop pula mengambil tempat di hati masyarakat,” ujar Khalid semasa sesi temubual bersama Malaysiaaktif baru-baru ini.

kpop2

Masyarakat Malaysia pelbagai peringkat usia sentiasa menunjukkan semangat patriostime

Tambah beliau lagi, budaya K-Pop tidak boleh disamakan dengan nilai dan semangat patriotisme yang telah sekian lama berada dalam jiwa rakyat Malaysia.

Khalid percaya semangat cintakan negara, bukan sekadar mengibarkan Jalur Gemilang ketika sambutan bulan kemerdekaan sahaja, malah rakyat Malaysia juga telah membuktikan bahawa setiap kejayaan melalui sukan, kesenian, hiburan, penyelidikan mahupun misi bantuan keselamatan telah menzahirkan semangat mereka untuk menjulang nama negara.

“Kita perlu ubah minda dan persepsi bahawa anak muda pasca merdeka semakin melupakan adat resam dan semangat sayangkan negara dek kerana penularan budaya barat mahupun K-Pop ini,” tegas Khalid lagi.

Bagi menambahkan lagi perasaan cinta kepada negara dalam kalangan masyarakat Malaysia, kerajaan masih perlu memainkan peranan penting dengan penganjuran pelbagai aktiviti mahupun program-program kenegaraan yang bersesuaian dengan semua peringkat umur.

– AO

Tinggalkan komen anda