
Laporan/foto : Farhana Azlin Lajis/Saiful Haidar Salleh (Langkawi)
LANGKAWI, 3 Ogos (Malaysiaaktif) â Yayasan Jantung Malaysia dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional menjalankan kempen âGo Red For Womenâ untuk memberi dan meningkatkan pengetahuan wanita berkenaan kesihatan jantung.
Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Datuk Baharin Idris, berkata wanita merupakan tunggak kepada keluarga dan mereka perlu sedar akan pentingnya menjaga kesihatan secara umum dan khususnya kesihatan jantung.
âDengan kesihatan yang baik, wanita dapat meneroka dengan lebih jauh untuk memberikan kekuatan kepada keluarga dan menyumbang tenaga kepada komuniti, masyarakat, negeri dan negara.
“Banyak ruang dan peluang untuk wanita mencapai kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi,” katanya ketika ditemui dalam Program Kesedaran Kesihatan Jantung âGo Red For Womenâ di Kompleks Sukan Langkawi, di sini pagi tadi.
Menurut Baharin lagi, program ini membawa mesej yang tersirat di mana banyak gerak kerja dalam konteks membangunkan masyarakat jari ini boleh dinaikkan oleh wanita itu sendiri.
âKesihatan wanita, keluarga, komuniti dan negara bermula daripada diri wanita itu sendiri.
“Apa yang pasti, program âGo Red For Womenâ telah mengajak wanita-wanita yang ada di Langkawi ini untuk bersama-sama dalam kempen kesedaran kesihatan jantung ini.â katanya lagi.
Seramai 200 orang peserta dari seluruh pulau ini menyertai Program Kesedaran Kesihatan Jantung âGo Red For Womenâ, antaranya skuad Jiran Wanita Langkawi, Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Laut, Langkawi, Persatuan Keluarga Polis (PERKEP), Langkawi, serta dari Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).
Selain mendengar ceramah tentang kesihatan jantung para peserta turut berpeluang untuk membuat saringan kesihatan secara percuma.
Turut hadir Pengarah Perpaduan Negeri Kedah Rohai Zahar Nedi, Pengarah âGo Red For Womenâ Yayasan Jantung Malaysia Ainon Kuntum dan Pengurus Unit Perhubungan Komunikasi Lembaga Pembangunan Langkawi, Syafiq Md Lani.
-SH