Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Gobind Puas Hati Persiapan Pelancaran Bulan Kebangsaan

By 2 Ogos 2019Ogos 4th, 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto : Syed Hisham Shah/Jurufoto KKMM (Putrajaya)

MELAKA, 2 Ogos (Malaysiaaktif) – Persiapan sempena Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2019 yang akan berlangsung malam esok kini memasuki fasa akhir.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo, gembira dengan persiapan yang dilakukan setakat ini.

“Memang kita lihat persiapan yang sangat besar untuk acara ini, ini kerana ianya merupakan acara yang amat penting untuk kita.

“Semua persiapan telah dijalankan dengan baik, teratur dan rapi dan saya rasa ramai juga yang hadir malam ini walaupun majlis sebenar hanya akan berlangsung esok tetapi ramai yang hadir memberikan sokongan,” katanya ketika ditemui semasa sesi raptai, di sini malam ini.

Peserta persembahan membuat persiapan akhir.

Peserta persembahan membuat persiapan akhir.

Sementara itu, Gobind menjangkakan ramai yang akan hadir pada pelancaran malam esok berdasarkan kehadiran orang ramai pada hari semalam dan malam ini.

“Negeri Melaka dipilih kerana ada sebab- sebab dari segi sejarah. Ini adalah tempat di mana pengumuman dibuat berkenaan dengan kemerdekaan kita oleh Tunku Abdul Rahman jadi ini satu lokasi yang sangat penting.

“Kita menyediakan pelbagai tapak pameran, mereka yang hadir ini dapat melihat pameran-pameran tersebut, selain acara-acara yang unik sempena pelancaran malam esok.

Gobind mengharapkan lebih ramai pengunjung hadir pada hari sebenar malam esok.

Gobind mengharapkan lebih ramai pengunjung hadir pada hari sebenar malam esok.

Gobind turut menjelaskan signifikan tema “Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih” pada sambutan tahun ini.

“Satu perkara yang diberi penekanan dalam pentadbiran negara adalah menjadikan negara bersih daripada rasuah dan dalam satu tahun yang pertama ini kita telah melaksanakan beberapa perkara yang penting yang menunjukkan negara komited dalam menjadikan Malaysia Bersih.

“Dalam mewujudkan Malaysia baharu, soal integriti adalah suatu yang amat penting, dan inilah sebabnya kita memilih tema ini dalam Sambutan Hari Kebangsaan kali ini.

Dalam pada itu Gobind menyeru orang ramai untuk sama-sama memeriahkan majlis pelancaran tersebut di Dataran Pahlawan bermula pukul 8 malam, di sini esok.

-SH

Tinggalkan komen anda