Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMAMelaka

Larian Merdeka Himpun 3000 Peserta

By 3 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Edi Rizam Kassim (Putrajaya)

MELAKA, 3 Ogos (Malaysiaaktif) – Larian Merdeka sempena pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2019 berlangsung pagi tadi bermula di Dataran Pahalwan Megamall disini, pagi ini.

Larian sejauh lima kilometer ini berjaya menghimpunkan seramai 3,000 peserta terdiri daripada orang awam, pelajar sekolah dan kakitangan awam yang mula memenuhi perkarangan Dataran Pahlawan Megamall seawal pukul 6.00 pagi.

Kerk Chee Yee (tiga dari kiri) dan Roselindawati (tengah) menyempurnakan Pelepasan Peserta Larian Merdeka di perkarangan Dataran Pahlawan Megamall

Kerk Chee Yee (empat dari kiri) dan Roselindawati (tengah) menyempurnakan Pelepasan Peserta Larian Merdeka di perkarangan Dataran Pahlawan Megamall

Pelepasan peserta larian tepat pukul 7.45 pagi disempurnakan oleh Exco Komunikasi, Multimedia, NGO Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Kerk Chee Yee mewakili Ketua Menteri Melaka, turut serta Ketua Pengarah Penerangan, Roselindawati Abdul Rahman.

Menurut Muhammad Aslam, 17, salah seorang peserta kategori terbuka beliau mengetahui program larian ini daripada pihak sekolah dan terus mendaftar untuk menyertainya.

Peserta terawal sampai ke garisan penamat membawa balik buah durian

Peserta terawal sampai ke garisan penamat membawa balik buah durian

“Saya tertarik untuk menyertai larian ini bertujuan meningkatkan stamina dan mengeratkan perpaduan antara satu sama lain, saya berharap lebih banyak program seperti ini dianjurkan dan melibatkan belia seperti saya,” ujarnya yang ditemui selepas program.

Penyertaan sekeluarga menarik perhatian ramai

Penyertaan sekeluarga menarik perhatian ramai

Objektif utama Larian Merdeka adalah untuk menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri sangat serius dalam memastikan Negeri Melaka mempunyai masyarakat yang mengamalkan budaya hidup cergas selaras dengan status Negeri Melaka Sebagai negeri berwibawa, pintar, hijau dan bersih.

Roselindawati turut menyampaikan hadiah kepada pemenang cabut bertuah

Roselindawati turut menyampaikan hadiah kepada pemenang cabut bertuah

Program anjuran Jabatan Penerangan Malaysia dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri melaka ini merupakan salah satu pengisian sempena Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2019 yang berlangsung di Negeri Melaka tahun ini.

Tinggalkan komen anda