
Laporan/foto: Robin Junang / Zaini Morshidi (Kuching)
MATU, 27 OgosĀ (Malaysiaaktif) – Membentuk generasi patriotik dan bersemangat taat setia kepada negara harus bermula dari bangku sekolah lagiĀ kerana di situ ilmu sejarah tanah air diajar kepada para pelajar.
Sikap positif, patriotik, setia dan bertanggungjawab merupakan elemen bagi mempertahankan negara daripada ancaman luar serta mengekalkan keamanan dan keharmonian yang dikecapi sejak kemerdekaan.
Demikianlah yang diungkapkan oleh Pegawai Penerangan Matu, Zaini Morshidi berkenaan dengan tujuan program sambutan ini diadakan pada setiap tahun.
āProgram seperti ini adalah untuk membentuk pemikiran positif dan liberal dalam kalangan pelajar agar mereka memahami erti kemerdekaan negara. Adalah mustahil untuk merdeka jika rakyat tidak bersatu padu,ā ujar beliau lagi.

Perarakan berjalan kampung sambil membawa Jalur Gemilang sejauh 1 kilometer oleh warga sekolah dan orang awam
Manakala di dalam ucapan perasmian, Wakil PegawaiĀ Daerah Matu,Ā Abdul Malik bin Talip menyeru generasi muda agar mengenal sejarah tanahair dan perjuangan para pejuang bagi membebaskan negara.
Beliau juga menyeru agar ibu bapa memastikan anak-anak agar betul-betul faham mengenai istilah merdeka terutama di zaman yang serba mencabar ini terutama dunia tanpa sempadan.
Seramai 165 pelajar dan guru terlibat di dalam sambutan Kempen Kibar Jalur Gemilang anjuran Pejabat Penerangan Daerah Matu dengan kerjasama SK Sekaan Kechil Matu.
Program yang diadakan awal pagi itu dimulakan dengan Senaman Merdeka, diikuti Larian Merdeka, ucapan perasmian, simbolik menyarung keris pada replika Tunku Abdul Rahman, nyanyian Lagu Sayangi Malaysiaku dan Jalur Gemilang.
Sebelum itu acara berjalan kaki sejauh satu kilometerĀ oleh para pelajar dan pendidik sambilĀ membawa bendera mengelilingi kampung yang berdekatan sekolah.
Program yang dijalankan setengah hari itu mendapat sambutan yang meriah dari warga sekolah. Bagi pelajar mereka berasa bertuah kerana sekolah mereka dipilih bagi merai acara sambutan Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat Daerah Matu.
Antara tetamu jemputan lain yang turut hadir ialah Guru Besar SK Sekaan Kechil, Pegawai Penerangan Daerah Matu, wakil Pengetua SMK Matu, Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri, YDB PIBG dan Ketua Kaum.