Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Menteri KPLB Persekutuan Lawat KB 26 Ogos

By 17 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Marryan Razan (Kota Kinabalu)

KOTA BELUD, 17 Ogos (Malaysiaaktif) – Menteri Pembangunan Luar Bandar Malaysia, Datuk Seri Rina Harun dijangka melawat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian dan Usukan pada 26 Ogos ini untuk meninjau beberapa jalan pelancongan luar bandar.

Lawatan yang dijadualkan pada 23 Ogos ini ditunda ke 26 Ogos kerana Datuk Seri Rina mempunyai program bersama YAB Perdana Menteri.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick berkata antara tujuan lawatan itu adalah untuk meninjau beberapa jalan pelancongan luar bandar.

“Antara jalan pelancongan luar bandar yang akan dilawat ialah jalan ke Pusat Eko Pelancongan Tagal Melangkap Tiong dan Melangkap Baru.

“Kita akan membawa Datuk Rina melihat sendiri contoh-contoh pusat pelancongan luar bandar yang berjaya di Kadamaian seterusnya meninjau keperluan pusat pelancongan itu.

“Ini juga membolehkan saya menyampaikan syor penyediaan bajet khusus daripada KPLB Persekutuan untuk menaiktaraf jalan-jalan menuju ke pusat-pusat pelancongan berasaskan komuniti di luar bandar di seluruh Sabah,” katanya.

Ewon menyampaikan ucapan Sempena Sesi Promosi Sambutan Bulan Kebangsaan oleh Jabatan Penerangan Negeri Sabah.

Ewon menyampaikan ucapan Sempena Sesi Promosi Sambutan Bulan Kebangsaan oleh Jabatan Penerangan Negeri Sabah.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan singkat dengan penduduk kampung yang mengadakan gotong royong sempena bulan Kebangsaan di Dewan Piasau, di sini, pada Sabtu.

Selepas melawat jalan-jalan pusat pelancongan luar bandar, Datuk Rina akan menyampaikan kunci rumah kepada penerima PPRT bina baharu di DUN Kadamaian dan penyampaian Geran MPKK kawasan DUN Kadamaian.

“Pemberian geran MPKK ini merupakan yang pertama di Sabah yang diluluskan oleh KPLB Persekutuan.

“Datuk Rina juga akan melawat Loji Rawatan Air Bayayat yang mendapat peruntukan daripada KPLB Pusat untuk menambahbaik kapasiti air termasuk pam air di loji berkenaan,” jelas beliau.

Mengenai sambutan kemerdekaan, Program Merdeka@Komuniti sempena Pelancaran Kembara Merdeka Jalur Gemilang Peringkat Daerah Kota Belud akan diadakan pada 20 Ogos ini di Dewan Kampung Piasau.

Pelbagai aktiviti menarik disusun termasuk sukaneka, persembahan PENTARAMA, pertandingan mewarna kanak-kanak, pertandingan karaoke Merdeka, pemeriksaan kesihatan dan derma darah.

ER

Tinggalkan komen anda