Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePutrajaya

KMJG19: Tarian Siam ‘Klong Jhauu’ Sambut Peserta Konvoi

By 17 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Edi Rizam (Putrajaya)

PADANG TERAP, 17 Ogos (Malaysiaaktif) – Ketibaan konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2019 (KMJG19) di kampung Belukar, Padang Terap menerima kejutaan istimewa apabila di sambut oleh penduduk etnik Siam di sini hari ini.

Gadis – gadis jelita lengkap mengenakan pakaian etnik siam berdiri setia menanti ketibaan rombongan konvoi KMJG19 walaupun cuaca panas terik sambil melemparkan semyuman manis yang tidak lekang dibibir.

Penari yang sentiasa senyum tatkala ketibaan Konvoi KMJG19 di Kampung Belukar Luas

Penari yang sentiasa senyum tatkala menungu ketibaan Konvoi KMJG19 di Kampung Belukar Luas

Tarian yang disajikan kepada para peserta sejurus majlis bermula dinamakan sebagai ‘Phikulthararam Klong Jhauu’, iaitu tarian yang berasal dari Negara Thailand di wilayah Suk Kho Thai ini ditarikan sejak zaman 1279 oleh bagi tujuan menzahirkan kegembiraan dan kemakmuran yang dikecapi ketika itu.

Buju tradisi siam lengkap juga jadi tarikan para peserta konvoi untuk merakam gambar kenangan bersama mereka

Buju tradisi siam lengkap juga jadi tarikan para peserta konvoi untuk merakam gambar kenangan bersama mereka

Rinoa-Chit cikgu kepada pasukan tari ini menyifatkan tarian ini sangat bermakna kepada masyarakat Siam di sini dalam menzahirkan kegembiraan dan kesyukuran, “tarian ini biasanya akan dipersembahkan pada majlis keramaian seperti acara melamar dan majlis kahwin dan majlis kesyukuran.

“Tarian ini asalnya dari negara jiran dan ianya masih di ditarikan disini oleh warganegara yang berketurunan Siam, serta bagi meraikan Bulan Kebangsaan pada tahun ini tarian ini juga di tarikan pada majlis hari ini.” tambah Riona yang juga merupakan guru Bahasa Thai Pedu di sini.

Sulisa Sridara bersama kembar beliau

Sulisa Sridara bersama kembar beliau

Perasmian majlis ini telah disempurkan oleh Penyelaras Pakatan Harapan Dun Pedu, Hashim Idris dan dihadiri lebih 300 orang penduduk kampung. Peserta konvoi juga disajikan dengan air buah kelapa pandan yang diushakan oleh Komuniti Harapan Malaysia Dun Pedu.

Peserta konvoi merakam gambar kenangan sambil menikmati air buah kelapa pandan

Peserta konvoi merakam gambar kenangan sambil menikmati air buah kelapa pandan

Konvoi KMJG19 mengakhiri penjelajahan hari ini di Perkarangan Aman Sentral Menara Telekom Kota Setar, Alor Setar dan akan menerusakan perjalan ke Negeri Perlis esok hari.

Tinggalkan komen anda