Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Kerajaan Tidak akan Meminggirkan Kebajikan Rakyat di Kawasan Luar Bandar

By 20 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Sahiman Rahman/Mastim Kiriman (Kota Kinabalu)

INANAM, 20 Ogos (Malaysiaaktif) – Kerajaan Negeri tidak akan meminggirkan kebajikan rakyat di kawasan luar bandar dan pedalaman dalam arus pembangunan perdana.

Pembantu Menteri Kewangan, Kenny Chua berkata, Kerajaan komited membantu rakyat di kawasan luar Bandar melalui pelbagai program dan perkhidmatan untuk mendengar serta membantu menyelesaikan permasalahan mereka.

Abd Latif bersalam-salaman dengan penduduk kampnung yang hadir dalam program itu.

Abd Latif bersalam-salaman dengan penduduk kampnung yang hadir dalam program itu.

“Seperti program karnival DUN N13 Inanam yang diadakan pada hari ini, pelbagai acara telah diadakan iaitu taklimat pembiayaan usahawan oleh Pertubuhan Peladang, Taklimat MySalam, Taklimat E-Kasih, Taklimat Skim Bantuan Kerajaan dan banyak lagi program yang dijalankan sempena karnival sehari ini.

Beliau yang juga ADUN kawasan N.13 Inanam, menjelaskan antara objektif penganjuran karnival ini adalah bagi membolehkan wakil rakyat mendekati, menyantuni dan seterusnya memahami masalah rakyat.

Abd. Latif Mopuas, Pemimpin Pembangunan Masyarakat KAwasan N.13 Inanam

Abd. Latif Mopuas, Pemimpin Pembangunan Masyarakat KAwasan N.13 Inanam

Selain daripada itu, program ini dapat memupuk kerjasama dan mengeratkan silaturahim antara pemimpin dan masyarakat melalui pelbagai program kemasyarakatan dan acara sukan yang diadakan.

Tambah beliau, program ini juga memberi peluang serta mendedahkan penduduk terhadap pelbagai perkhidmatan serta bantuan yang disediakan oleh kerajaan kepada rakyat melalui pelbagai jabatan dan agensi kerajaan.

Abd. Latif (enam dari kanan) merakamkan gambar kenangan bersama salah satu pasukan yang mengambil bahagian pertandingan bole sepak.

Abd. Latif (enam dari kanan) merakamkan gambar kenangan bersama salah satu pasukan yang mengambil bahagian pertandingan bole sepak.

Ucapan beliau disampaikan oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat kawasan N.13 Inanam, Abd. Latif Mopuas semasa menutup program Karnival DUN N13 Inanam di Mini Dewan Kampung Talungan, Inanam, pada Ahad.

Program sehari ini melibatkan pelbagai Jabatan dan agensi kerajaan seperti Pertubuhan Peladang, FAMA, Jabatan Kesihatan, Jabatan Penerangan, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Jabatan Kebajikan, Surahanjaya Pilihanraya, Sabah Tourism Board (STB) dan telah dihadiri oleh penduduk sekitar Mukim Talungan.

ER

Tinggalkan komen anda