Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Pusat Media Hari Kebangsaan Sedia Sambut 517 Pengamal Media

By 29 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Syed Hisham Shah (Putrajaya)

PUTRAJAYA, 29 Ogos (Malaysiaaktif) – Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini ternyata luar biasa kemeriahannya dengan 517 pengamal media daripada pelbagai agensi tempatan, antarabangsa mahupun krew teknikal bersedia membuat liputan.

Timbalan Pengarah Bahagian Media dan Komunikasi Korporat Jabatan Penerangan Malaysia Radziah Mohd Sharif, menjelaskan agensi-agensi media ini terlibat dalam menyiarkan siaran langsung, lintas langsung dan juga liputan berita.

“Selama tiga hari bermula 28, 29 dan 31 Ogos nanti, pengamal media ini akan berkampung di sini untuk memberikan liputan sempena sambutan ini, dan kami di Pusat Media sedia untuk memberikan perkhidmatan terbaik untuk mereka.

Petugas media bertugas di Pusat Media Hari Kebangsaan, di sini.

Petugas media bertugas di Pusat Media Hari Kebangsaan, di sini.

“Pusat media ini beroperasi selama tiga hari untuk kemudahan para media membuat liputan acara Perbarisan dan Perarakkan Hari Kebangsaan serta kerja dan juga perkongsian bahan media,” ujarnya ketika ditemui di Pusat Media yang beroperasi di Auditoruim Cempakasari Perbadanan Putrajaya, di sini hari ini.

Menurut Radziah, Pusat Media Hari Kebangsaan kali ini turut menggunakan aplikasi kod QR dalam berkongsi maklumat agar lebih mudah dan efisien.

“Kita mengambil kira maklum balas daripada pihak media berhubung kekangan fasiliti terutamanya bilangan komputer yang agak terhad, maka kita melaksanakan sistem kod QR untuk pengamal media mengakses gambar mahupun maklumat-maklumat lain berkaitan Hari Kebangsaan ini.

“Kita turut menyediakan perkhidmatan wifi untuk media menyiapkan tugasan masing-masing,” katanya lagi.

Jabatan Penerangan (JaPen) Malaysia selaku Jawatankuasa Media dan Publisiti Sambutan Hari Kebangsaan bertanggungjawab dalam menyediakan pusat media bagi kemudahan pengamal media membuat liputan pada sambutan kali ini.

-SH

Tinggalkan komen anda