Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Rukun Negara Penyatu Perpaduan Kaum

By 30 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan /foto: Iswandi Kassim (Sri Aman)

SRI AMAN, 30 Ogos (Malaysiaaktif) – Pepatah ada menyebut melentur buluh biarlah daripada rebungnya, bermaksud hendak mengajar atau mendidik anak-anak biarlah ketika usia mereka masih kecil kerana apabila menginjak dewasa sukar untuk si anak menerima teguran atau didikan.

Begitu juga dengan perpaduan antara masyarakat majmuk di negara ini, jika dari awal lagi mereka sudah ā€˜dipisahkanā€™ hubungan antara kaum adalah amat sukar membentuk masyarakat yang harmoni dan toleransi.

Simbol perpaduan itu tidak hanya terangkum dalam konteks kelainan dan kepelbagaian malah dalam institusi keluarga harus diperkukuhkan ikatan murniĀ  kerana zaman sains dan teknologi kini sedikit sebanyak telah menggugat semangat kekeluargaan.

Bagi membentuk peribadi, sahsiah mulia serta perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum,Ā  Jabatan Penerangan Malaysia Daerah Sri Aman bersamaĀ Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Aing telah menjalinkan kerjasama strategikĀ  bagi memupuk nilai-nilaiĀ  patriotikĀ  dan kenegaraan kepada para pelajar.

Perarakan  pelajar sekolah sambil  membawa bendera tangan dan Jalur Gemilang mengelilingi bandar Sri Aman

Perarakan pelajar sekolah sambil membawa bendera tangan dan Jalur Gemilang mengelilingi bandar Sri Aman

Ketika bercakap di dalam Program Merdeka@Komuniti dan Perarakan Sambutan Hari Kebangsaan di SK Abang Aing,Ā  Pegawai Penerangan Daerah Sri Aman, Muhammad Alwi berkata,Ā  institusi sekolah merupakanĀ  tempat yang paling sesuai untuk memupuk perpaduan dalam kalangan kaum.

Menurutnya lagi, Rukun Negara yang diperkenalkan pada 31 OgosĀ  1970 bertujuan untuk menyemai nilai-nilai perpaduan dalam kalangan kaum majmuk.Ā  Jika rakyat dapat menghayati rukun pertama iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan, sudah tentu ikatan perpaduan hidup subur di negara ini.

“Tunjang perpaduan bermula dariĀ  sekolah rendah. Kita dapat lihat Rukun Negara yang dilafazkan di sekolah pada setiap kali perhimpunan memberi kesan baik terhadap anak-anak.ā€

ā€œTetapi, apabila mereka melangkah ke sekolah menengah wujudlah sentimen perkauman kerana pemikiran mereka diserap dengan berbagai isu yang sensitif dan negatif,ā€ tambah beliau lagi.

Program dimulakan dengan perarakan sambutan Hari Kebangsaan sejauh 1.5 km mengelilingi pusat bandar Sri Aman disertai 15 kontinjen dengan penyertaan kira-kiraĀ  700 orang terdiriĀ  daripadaĀ  para pelajar, warga pendidik, kakitangan bukan akademik dan juga jabatan serta agensi jemputan.

Simbolik memotong kek Hari Kebangsaan oleh tetamu jemputan

Simbolik memotong kek Hari Kebangsaan oleh tetamu jemputan

Selain daripada perarakan, aktiviti lain yang dijalankan ialah upacara pemotongan Kek Sambutan Hari Kebangsaan, Pertandingan Koir Patriotik, Pertandingan Basikal Berhias, Pertandingan Mewarna dan Fesyen Patriotik dan paling menarik ialah sambutan Harijadi untuk Guru Besar SK Abang Aing, Bolhan Hj Sahar yang lahir pada 31 Ogos.

Pihak sekolah amat berterima kasih di atasĀ  sumbangan dan kerjasama yang diberikan oleh Jabatan Penerangan Sri Aman dalam menjayakan program yang berbentuk patriotik.

Turut hadir ialah Pegawai Pendidikan Daerah Sri Aman, Dr Abang Adam Abang Deli, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Abang Aing, Bolhan Hj Sahar, Yang diPertua Persatuan Ibu Bapa – Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Abang Aing, Sarjan Ahmad Ali, Ketua Ketua Jabatan serta ahli ahli PIBG.

Tinggalkan komen anda