Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Kanak-Kanak Istimewa Zahir Semangat Patriotik  

By 30 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Salleh Immun/ PDK Sri Aman (Kuching)

SRI AMAN, 30 Ogos (Malaysiaaktif) –  Seramai 30 orang anak-anak istimewa Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Sri Aman Sarawak telah menjayakan Program Semarak Kemerdekaan sempena Sambutan Bulan Kebangsaan yang disambut seluruh negara.

Program ini merupakan salah satu insiatif Petugas PDK Sri Aman bagi menggalakkan anak-anak istimewa mereka menzahirkan tanda cinta dan sayangkan negara melalui pelbagai aktiviti. Antara aktiviti yang dilaksanakan pada pagi ini adalah seperti perbarisan sambil membawa Jalur Gemilang dan Bendera Negeri, mewarna lukisan berorientasikan perpaduan kaum dan nyanyian lagu-lagu patriotik.

Melihat kepada kesungguhan kanak-kanak istimewa dalam aktiviti ini telah menimbulkan kesedaran bahawa mereka juga mempunyai semangat luar biasa untuk memastikan penglibatan mereka dalam memeriahkan Sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini walaupun aktiviti yang dilaksanakan dalam skala kecil sahaja.

Program yang bermula seawal jam 8.00 pagi turut disertai ibu bapa anak-anak istimewa selain tenaga pengajar PDK.

Aktiviti mewarna berorientasikan gambar perpaduan kaum di Malaysia

Aktiviti mewarna berorientasikan gambar perpaduan kaum di Malaysia

Syafikah Abdullha salah seorang tenga pengajar PDK Sri Aman berkata, “Kita sebagai Petugas di sini mahu anak-anak istimewa ini juga terlibat dalam memeriahkan Sambutan Bulan Kebangsaan 2019 kerana anak-anak istimewa juga harus diberikan peluang untuk meluahkan rasa cinta dan sayangi Malaysia sepertimana orang lain.

“anak-anak istimewa ini begitu gembira kerana berpeluang menyambut Hari Kebangsaan 2019 kali ini bersama rakan-rakan yang lain serta melakukan pelbagai aktiviti yang secara langsung dapat memupuk semangat perpaduan dari kalangan mereka”. Tambah beliau.

Pada masa yang sama, ibu bapa yang hadir turut berasa teruja melihat telatah anak-anak mereka tatkala menjayakan Program Semarak Merdeka dan mengharap agar program sebegini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi menanamkan semangat patriotisme dan jati diri yang tinggi walaupun mereka adalah anak-anak istimewa.

Tinggalkan komen anda