
Laporan/foto: Mohd Baharruddin Mohamad / Remmy Sukup (Sarawak)
MUKAH, 30 Ogos (Malaysiaaktif) – Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Mukah (JKMBM) menghantar sebanyak 23,636 botol air bersih yang melibatkan belanja sebanyak RM319,086.00 dengan kos penghantaran RM174,900.00 kepada 2,428 keluarga dan 11,818 orang mangsa bencana kemarau di seluruh Bahagian Mukah sejak 15 Julai hingga 8 Ogos lalu.
Bekalan ini dibekalkan kepada 111 buah kawasan iaitu 10 buah Sekolah Rendah di Daerah Dalat, Tanjung Manis dan Bawang Assan serta 101 buah kampung-kampung dan Rumah panjang di kawasan seluruh Bahagian Mukah.
Sekolah-sekolah yang terlibat dalam musim bencana kemarau di Bahagian Mukah kali ini ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Kebuaw, SK Sungai Ilas, SK Klid, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) San San Narub, SK St. Luke Nanga Baoh, SK. Teluk Gelam Belawai, SK.Bukit Ingkerbai Mukah, SK.Kampung Bungan, SK.Sungai Pinang Dalat dan SK Kampung Stalon Kuala Rajang.

Penduduk di Rumah Entinge, Rumah Sendri dan Rumah Sipok gembira menerima hantaran air bersih pada 25 Julai 2019 lepas
Menurut Pegawai Kebajikan Masyarakat Bahagian Mukah (PKMB) Aziah Saruji, bantuan ini diberi kepada mangsa di kawasan yang tidak mendapat bekalan air paip atau air bersih daripada Pihak Berkuasa Bekalan Air seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) dan Lembaga Air yang mengalami masalah bekalan air semasa kemarau atau musim panas yang berpanjangan.
Katanya, Dalam situasi tertentu bila punca atau sumber air telah tercemar dan tidak selamat untuk penyediaan makan dan minum disesebuah kawasan,bantuan air minuman botol juga boleh dipertimbangkan.
“Bantuan air bersih juga turut dipanjangkan ke sekolah-sekolah (10 buah) di kawasan berkenaan. Pangkalan hadapan air minuman botol boleh dibekalkan bagi kawasan sukar perhubungan dan sering dilanda kemarau.
Penghantaran bekalan ke 111 buah tempat menggunakan cara pengangkutan Sungai, Jalan Darat, Jalan Batu, Jalan Berbukit-bukau dan melalui Laut dengan kos RM174,900.00.
Menurut Aziah lagi, bantuan air kemarau kekal pada kadar sedia ada dengan jenis bantuan air tangki, bantuan air botol dengan kadar baharu 70 gelen / 315 liter untuk sekeluarga seminggu atau 2 kotak (36 liter) untuk seorang dalam masa seminggu (1 kotak =12 botol @1.5 liter).
Manakala Penambahbaikan bantuan air untuk bencana kemarau adalah seperti berikut seperti mewujudkan pangkalan hadapan dengan bekalan air minuman botol melalui kaedah pelaksanaan Penyediaan pangkalan hadapan air minuman botol bagi kawasan sukar perhubungan dan sering dilanda kemarau.
Selain itu,kata Aziah langkah kontingensi bekalan air minuman botol tambahan air minuman botol boleh juga dibekalkan kepada penduduk sekiranya air bekalan dari sumber lain kotor dan tidak sesuai untuk penyediaan makan dan minum.