Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

SMJK(C) Chung Hwa Kota Bharu Terjemahkan Rukun Negara Melalui Sketsa ‘Sayangi Malaysiaku’

By 3 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/Foto: Wee Kim Been (Kota Bharu)

IPOH, 3 Ogos 2019 (Malaysiaaktif) – ‘Sayangi Malaysiaku’ berteraskan lima prinsip Rukun Negara menjadi tajuk persembahan yang membawa tuah dengan merangkul tempat ketiga kepada Kelab Malaysiaku Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa Kota Bharu di Pertandingan Akhir Sketsa Rukun Negara peringkat Kebangsaan 2019 di Dewan Perdana Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Sultan Azlan Shah, Ipoh Perak.

Menurut Guru Penyelaras Kelab Malaysiaku SMJK (C) Chung Hwa, Nor Azilah Madon, 45, berkata Rukun Negara merupakan ideologi nasional yang tercipta ekoran daripada berlakunya tragedi berdarah antara kaum pada 13 Mei 1969.

Menurut beliau lagi, Rukun Negara diwujudkan untuk menyemai nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat seperti nilai keagamaan, kesetiaan kepada Raja dan Negara, kepatuhan kepada perlembagaan, kedaulatan undang-undang serta membentuk masyarakat yang mengamalkan kesopanan dan kesusilaan.

Aksi persembahan Sketsa Rukun Negara Peringkat Akhir Kebangsaan 2019 oleh SMJK (C) Chung Hwa Kota Bharu

Aksi persembahan Sketsa Rukun Negara Peringkat Akhir Kebangsaan 2019 oleh SMJK (C) Chung Hwa Kota Bharu

“Pemilihan tajuk ‘Sayangi Malaysiaku’ diketengahkan pada kali ini berkisarkan konflik lima sahabat baik pelbagai kaum di negara ini menjadi keruh disebabkan salah faham yang berpunca daripada penyebaran berita palsu di dunia maya,” jelas Nor Azilah.

Manakala See Too Zhi Xiang 13, salah seorang peserta berkata perpaduan merupakan teras utama keamanan serta keharmonian rakyat negara ini, yang berbeza agama, kepercayaan, adat resam serta budaya agar sentiasa terpelihara sepanjang masa.

Sementara Raymond Paul Corray, 19, yang juga peserta berpendapat generasi masa kini perlu sama-sama mengekalkan keamanan negara dengan mengamalkan toleransi dan perpaduan yang jitu serta memahami dan mempelajari budaya kaum yang lain bagi mengelakkan prejudis antara mereka.

Peserta Melayu tunggal Adil Putra Manjelela Mohd Noor, 19, pula menjelaskan dengan mengamalkan Prinsip Rukun Negara akan melahirkan masyarakat yang bersatu padu, muhibah tanpa mengira kaum serta bersikap saling hormat menghormati antara satu sama lain.

Penyampaian Hadiah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Komunikasi  dan Multimedia Malaysia (KKMM) Datuk Suriani Ahmad

Penyampaian Hadiah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) Datuk Suriani Ahmad

“Melalui perpaduan pastinya dapat membantu negara kita mempertingkatkan lagi pertumbuhan ekonomi, kestabilan politik dan sistem pemerintahan negara yang bersifat liberal dan demokrasi,” ujarnya Adel Putra Manjelela lagi kepada Malaysiaaktif.

Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa Kota Bharu, Kelantan telah meraih tempat ke-3 dengan membawa pulang wang tunai RM2,000, piala dan sijil. Johan dinobatkan oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Durian Tunggal, Melaka dan Naib Johan pula dimenangi oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim, Johor.

Majlis disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Negeri Perak, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim dan turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Suriani Ahmad dan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Roselindawati Abdul Rahman.

-NAZ

Tinggalkan komen anda