Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Suara Belia Didengari

By 20 Ogos 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Salwati Md Zam/Mohd Fauzi Mohd Yusoff/Shaiful Azman Said (Tampin)

TAMPIN, 20 Ogos (Malaysiaaktif) –Jabatan Belia dan Sukan Daerah Tampin telah mengadakan Program Jelajah Dialog Inspirasi Harapan Anak Muda 2019 (DINDA 2019) Ahad lalu sebagai persediaan kepada remaja dalam menyampaikan maklumat mengenai kepimpinan, isu semasa, ekonomi, sosial dan sebagainya secara terus.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan Mohamad Taufek Abd Ghani, berkata golongan belia merupakan golongan muda yang akan mewarisi kepimpinan negara pada masa hadapan.

“Hal ini demikian kerana rintangan yang perlu ditempuhi oleh pemimpin negara pada masa kini amat mencabar maka sudah tentu rintangan yang bakal ditempuhi oleh belia yang akan mewarisi tampuk pentadbiran negara, masyarakat atau sesebuah organisasi masa depan lebih mencabar,” katanya ketika merasmikan program berkenaan, di sini.

WhatsApp Image 2019-08-18 at 21.04.44

Sesi perkongsian bersama belia yang hadir.

Taufek turut menyeru agar golongan belia sentiasa merebut peluang dan menyokong setiap program dan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak kerajaan.

“Belia pada hari ini seharusnya memikirkan tanggungjawab dan peranan yang bakal mereka pikul dan galas bermula pada masa sekarang untuk dibawa dimasa hadapan,” katanya lagi yang turut berharap agar para belia menunjukkan semangat cintakan Malaysia dengan memasang dan mengibarkan Jalur Gemilang bersempena dengan Hari Kebangsaan ini.

Turut hadir Ahli Parlimen Tampin Dr. Hasan Bahrom, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan Nor Azli Mohamad Daud dan wakil-wakil agensi kerajaan.

-AK

Tinggalkan komen anda