Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Pasangan Suami Isteri Johan Pengisahan Kenegaraan Peringkat Negeri Melaka 2019

By 20 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/ foto: M Zakry Chan/ Nur Fariza Farnoh (Melaka)

MELAKA, 20 Ogos (Malaysiaaktif) – Tuah pasangan suami isteri menyertai Pertandingan Pengisahan Kenegaraan 2019 anjuran Jabatan Penerangan Negeri Melaka apabila dinobatkan sebagai johan pertandingan sekali gus akan mewakili Negeri Melaka ke Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung bulan hadapan di Terengganu.

Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Dr. Wong Fort Pin berkata usaha menyemai budaya pengisahan dan seni dalam penyampaian masej ini akan lebih mudah difahami dan dapat mendidik warga bangsa yang mempunyai sifat positif dalam menghargai pengorbanan dan perjuangan serta sumbangan tokoh – tokoh negara.

“Asas kerukunan hidup bermasyarakat ialah permuafakatan dan perpaduan yang melambangkan wujudnya kesatuan hati.

“Perpecahan dan persengketaan hanya menyebabkan anggota masyarakat itu sentiasa bergelut dengan fahaman yang berbeza arah dan boleh menimbulkan konflik, ” ujarnya ketika berucap merasmikan program tersebut bertempat di Auditorium Muzium Banda Hilir, Sabtu lepas.

Johan pertandingan, Muhammad Saufi Harun berkata jalan cerita mengenai tokoh ‘Kanang Anak Langkau’ membawa tuah kepada kami, walaupun berlatih dalam masa yang singkat namun dengan pengalaman sebagai penggiat seni teater akhirnya membawa kami ke Peringkat Kebangsaan.

“Kisah pengorbanan Kanang Anak Langkau dalam mempertahankan negara perlu dicontohi oleh generasi muda. Pengisian kemerdekaan negara itu amat penting dan sejarah itu sebagai panduan di masa hadapan,” ujarnya.

Johan pertandingan dimenangi pasukan Yayasan Awang Kechik membawa pulang wang tunai RM3,000, plak dan sijil penghargaan.

Manakala naib johan dimenangi pasukan Pra – U SMK Iskandar Shah dengan membawa pulang wang tunai RM2,000, plak dan sijil penghargaan.

Seterusnya bagi hadiah saguhati tiga pasukan membawa pulang wang tunai RM1,500 plak dan sijil penghargaan.

Dr. Wong Fort Pin hadir memeriahkan Pertandingan Pengisahan  Kenegaraan Peringkat Negeri Melaka.

Dr. Wong Fort Pin hadir memeriahkan Pertandingan Pengisahan Kenegaraan Peringkat Negeri Melaka.

-KN

Tinggalkan komen anda