Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Penduduk Terdidik Sihat Sejahtera

By 20 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Salwati Md Zam/Mohd Fauzi Mohd Yusoff/Shaiful Azman Said (Tampin)

TAMPIN, 20 Ogos (Malaysiaaktif) – Program Kenali Ubat Anda adalah salah satu program bertujuan mendidik dan membuka minda rakyat untuk mengenali ubat-ubatan yang diambil dalam kehidupan seharian.

Program pendidikan dengan kerjasama Jabatan Penerangan (JaPen) ini memainkan peranan penting dalam memastikan pengurusan ubat yang berkesan disamping menjamin penggunaan ubat yang berkualiti.

Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Sembilan Mejar (K) Sabarudin Yeop Hamza menjelaskan akan kepentingan masyarakat untuk mengetahui dan memahami setiap ubat yang diambil melalui pelbagai medium penyampaian.

“Penglibatan dan kerjasama agensi kerajaan melalui pendekatan komunikasi bersemuka sebegini jelas menunjukkan hasrat dan dasar kerajaan untuk menyampaikan maklumat secara terus kepada rakyat sehingga ke akar umbi disamping sokongan kemudahan dan teknologi masa kini seperti internet.

WhatsApp Image 2019-08-18 at 18.20.36

Sabarudin turut mengambil peluang menjalani pemeriksaaan kesihatan.

“Dengan melantik Duta Kenali Ubat Anda dalam kalangan wakil penduduk setempat, penyampaian maklumat asas berkaitan ubat-ubatan akan lebih berkesan kepada masyarakat,” katanya ketika merasmikan program berkenaan, di sini baru-baru ini.

Sabarudin turut berharap masyarakat sentiasa menyokong setiap program yang dianjurkan oleh pihak jabatan dan terus menjadikan JaPen sumber utama dalam wadah penyampaian maklumat dan dasar kerajaan yang sahih.

Antara pengisian program tersebut adalah saringan kesihatan, pemeriksaan mata, ceramah kesihatan, pertandingan mewarna kanak-kanak dan tayangan video kenegaraan.

Turut hadir Pengarah Hospital Tampin Dr. Norzaliza Razali, Ahli Majlis Daerah Tampin Garindasamey Ganapathy Pather dan Pengerusi MPKK Kg. Tampin Tengah Syed Khalid Syed Zin.

-AK

Tinggalkan komen anda