Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanMASabah

Suara Rakyat Sabah Bergema Lafaz Ikrar, Rukun Negara

By 31 Ogos 2019September 3rd, 2019Tiada komen4 minit bacaan

Laporan/foto: Asmidar Zainol/Unit Jurufoto JaPen Sabah (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 31 Ogos (Malaysiaaktif) – Suara rakyat Sabah bergema di Jalan Tun Fuad Stephens melafazkan Ikrar dan Rukun Negara pada sambutan Acara Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2019 Peringkat Negeri Sabah pagi tadi.

Bagi Kapten Mohd Dhany Mohamad Sarip Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), 34, pengalaman berharga tersebut sukar diungkap dengan kata-kata tambahan pula ini adalah kali terakhir dia mengetuai bacaan ikrar di negeri ini.

Mohd Dhany (duduk, tengah) bergambar bersama rakan-rakan iaitu anggota-anggota agensi berpakaian seragam rasmi yang turut membaca ikrar dan Rukun Negara.

Mohd Dhany (duduk, tengah) bergambar bersama rakan-rakan iaitu anggota-anggota agensi berpakaian seragam rasmi yang turut membaca ikrar dan Rukun Negara.

“Apabila diberi peluang untuk membaca Ikrar dan Rukun Negara, ia merupakan suatu penghormatan yang tinggi kerana ia bukan sahaja dibaca oleh saya tetapi juga dilafazkan oleh seluruh rakyat Sabah yang hadir pagi ini.

“Mendengar suara rakyat Sabah yang bersama-sama membacakannya, saya berasa terharu kerana sebagai Pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) saya dapat rasakan sokongan daripada seluruh masyarakat.

Sebahagian daripada para pelajar SMK Sanzac yang mengambil bahagian.

Sebahagian daripada para pelajar SMK Sanzac yang mengambil bahagian.

“Hari ini, saya menjadi saksi bahawa rakyat Malaysia khususnya di Sabah yang berbilang bangsa, kaum tanpa mengira agama hadir bersama-sama memberi sokongan.

“Bila melihat Jalur Gemilang dikibarkan, ini menunjukkan walaupun terdapat beberapa isu membabitkan perkauman dan pertelagahan dibangkitkan, sebenarnya Malaysia masih sebuah negara yang utuh dan harmoni,” ujarnya.

Penerbangan Lintas Hormat.

Penerbangan Lintas Hormat.

Tambah Mohd Dhany, kesatuan dalam kalangan rakyat pada masa ini perlu terus dijaga agar tidak tergugat oleh mana-mana pihak yang dengan sengaja membangkitkan sentimen bertujuan menimbulkan perbalahan.

“Saya harap kita akan terus bersatu padu dan tidak rebah walaupun diganggu oleh anasir luar mahupun dalaman kerana itulah keistimewaan Malaysia.

Tun Juhar bersalaman dengan mereka yang hadir.

Tun Juhar bersalaman dengan mereka yang hadir.

“Bersatu dalam kepelbagaian dan tidak sekali-kali melihat perbezaan sebagai punca memecah belahkan kita tetapi menjadikan kita saling menghormati, bertoleransi dan mengukuhkan hubungan antara satu sama lain.

“Sekiranya dijemput untuk membaca ikrar pada masa hadapan saya tidak akan menolaknya kerana ini adalah peluang bagi saya menyumbang kepada negara kerana sebagai rakyat negara ini kita jangan tanya apa sumbangan negara kepada kita, tetapi kita tanya kepada diri kita sendiri, apa sumbangan kita kepada negara,” kongsinya kepada pemberita.

Sebahagian daripada para pelajar SMK Sanzac yang mengambil bahagian.

Sebahagian daripada para pelajar SMK Sanzac yang mengambil bahagian.

Dalam pada itu, beliau berterima kasih kepada masyarakat yang memberi sokongan kepada ATM berkenaan kenyataan mengenai peranan agensi keselamatan tersebut.

“Bagi kami, biar tugas yang menjadi hujah untuk pertahankan diri kerana masyarakat boleh menilai sendiri sejauh mana peranan ATM,” tambahnya.

Guru pengiring Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sanzac, Pg Ezadin Zainal Pg Abidin.

Guru pengiring Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sanzac, Pg Ezadin Zainal Pg Abidin.

Sementara itu, guru pengiring Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sanzac, Pg Ezadin Zainal Pg Abidin berkata, peluang yang diberikan oleh pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) untuk menyertai acara berkenaan amat dihargai.

“Kami dipilih untuk membuat latihan intensif dalam masa seminggu bermula Selasa lalu.

Antara pasukan yang menyertai perarakan pada acara berkenaan.

Antara pasukan yang menyertai perarakan pada acara berkenaan.

“Pada mulanya, sesi latihan agak mencabar tetapi selepas beberapa kali latihan, para pelajar dapat menghafal gerakan-gerakan tarian di pentas utama.

“Para pelajar sangat teruja dan bersemangat untuk memberi persembahan terbaik kerana ini adalah peluang keemasan untuk beraksi di depan seluruh rakyat negeri ini dan di hadapan pemimpin-pemimpin.

Antara pasukan yang menyertai perarakan pada acara berkenaan.

Antara pasukan yang menyertai perarakan pada acara berkenaan.

“Tidak dinafikan, ada juga para peserta yang pitam semasa acara berlangsung, mungkin berpunca dari cuaca yang agak panas dan kepenatan.

“Sekiranya ada lagi tawaran diberikan kepada kami, kami berbesar hati menerimanya,” katanya.

Salah satu acara persembahan

Salah satu acara persembahan

Seramai 500 pelajar dari tingkatan satu dan dua serta 25 guru terlibat dalam acara di pentas utama pagi tadi.

Tambah Pg Ezadin, latihan bagi acara berkenaan tidak mengganggu pelajaran mereka dan selepas ini mereka akan menumpukan perhatian kepada peperiksaan penggal akhir.

Pasangan suami isteri, Brant Shang dan Aviva Hang.

Pasangan suami isteri, Brant Shang dan Aviva Hang.

Dalam pada itu, pasangan suami isteri dari China, Brant Shang, 35 dan Aviva Hang, 32, berkata percutian mereka begitu bermakna kerana berpeluang menyaksikan acara tersebut.

“Saya dan isteri amat teruja dengan perarakan sambutan Hari Kebangsaan pagi ini dan amat bertuah kerana dapat menyaksikan perarakan aset-aset agensi keselamatan selain pakaian tradisional masyarakat tempatan.

sebahagian daripada pengunjung yang hadir memeriahkan sambutan tersebut.

sebahagian daripada pengunjung yang hadir memeriahkan sambutan tersebut.

“Sekiranya diberi peluang, saya juga ingin menyertai sambutan Hari Malaysia pada 16 September di Sarawak, tetapi kami terpaksa pulang ke negara kami pada minggu hadapan.

“Kami ucapkan Selamat Hari Kebangsaan kepada seluruh warga Malaysia semoga negara ini akan terus maju dan harmoni,” kongsinya.

sebahagian daripada pengunjung yang hadir memeriahkan sambutan tersebut.

sebahagian daripada pengunjung yang hadir memeriahkan sambutan tersebut.

Lebih 10 ribu pengunjung memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah pagi tadi.

Acara yang bermula pukul 7.15 pagi dan berakhir pada pukul 10 pagi menyaksikan perarakan perbarisan 175 kontinjen dan 35 kenderaan serta persembahan-persembahan seperti persembahan koir oleh DBKK, deklamasi puisi khas oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), persembahan oleh Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah dan penerbangan Lintas Hormat (Fly-Past) oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia dan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM).

Antara pasukan yang menyertai perarakan pada acara berkenaan.

Antara pasukan yang menyertai perarakan pada acara berkenaan.

Sambutan dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni dan turut dihadiri oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal dan isterinya, Datin Seri Panglima Shuryani Shuaib; Menteri Pembangunan Infrastruktrur merangkap Pengerusi Jawatan kuasa Induk Sambutan Bulan Kebangsaan Dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Sabah 2019, Datuk Peter Anthony, menteri-menteri kabinet kerajaan Negeri Sabah serta ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan.

ER

Tinggalkan komen anda