Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Agong Sertai Rakyat dalam #AnakAnakMalaysia Walk 2019

By 31 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Edi Rizam (Putrajaya)

SHAH ALAM, 31 Ogos (Malaysiaaktif) – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencemar duli menyertai program #AnakanakMalaysia Walk 2019 yang berlangsung di Eco Ardence di Setia Alam di sini, hari ini.

Ketibaan Sultan Abdullah disambut Pengerusi #AnakanakMalaysia, Tan Sri Lee Lam Thye dan Pengerusi Ecoworld Malaysia, Tan Sri Liew Kee Sin dan Pengerusi Kumpulan Media Star Datuk Fu Ah Kiow.

Turut menyertai program berjalan sejauh 300 meter bersama Sultan Abdullah Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad dan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

Masyarakat berbilang kaum sama-sama hadir bagi menyemarakkan lagi Hari Kebangsaan tahun ini

Masyarakat berbilang kaum sama-sama hadir bagi menyemarakkan lagi Hari Kebangsaan tahun ini

Sultan Abdullah turut merasmikan pelepasan peserta yang berjalan sejauh 5.5 Kilometer, seramai 4000 peserta menjayakan acara kali ini terdiri daripada semua lapisan masyarakat berbilang kaum.

Sementara itu, Lee dalam ucapannya berkata program itu dilaksanakan bagi meraikan sambutan Hari Kebangsaan hari ini serta bertujuan untuk megukuhkan lagi perpaduan kaum di negara ini dengan penglibatan pelbagai lapisan masyarakat.

ethnik daripada Sabah dan Sarawak juga hadir lengkap berpakaian tradisi

etnik daripada Sabah dan Sarawak juga hadir lengkap berpakaian tradisi

“Dengan program yang disertai ribuan anak Malaysia dari pelbagai latar belakang dan bangsa ini, menunjukkan semangat perpaduan yang masih utuh dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Menerusi program ini juga kita mahu rakyat Malaysia terutamanya generasi muda bersama-sama dengan kerajaan membangunkan negara yang kita cintai ini,” tambah beliau.

Datuk Mohd Sukari (tengah bertopi) Bersama pegawai dan Aktivis Malaysiaku pada acara tersebut

Datuk Mohd Sukari (tengah bertopi) Bersama pegawai dan Aktivis Malaysiaku pada acara tersebut

Turut memeriahkan acara 50 orang aktivis Sayangi Malaysiaku Jabatan Penerangan (JaPen) mengagihkan bendera tangan kepada orang ramai, seramai 50 orang pegawai daripada JaPen turut menyertai acara tersebut di ketuai Timbalan Ketua Pengarah (Kandungan Digital) Datuk Mohd Sukari Hamid yang memuji usaha  diambil oleh Kumpulan Media Star dan Ecoworld Malaysia dalam mengukuhkan lagi semangat perpaduan dan cintakan negara.

Tinggalkan komen anda