Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelaka

Tapak Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Sedia Terima Pengunjung

By 2 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Edi Rizam (Putrajaya)

MELAKA, 2 Ogos (Malaysiaaktif) –  Tapak pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang di Dataran Pahlawan Megamall, Melaka telah siap untuk menerima penggunjung.

Ketua Menteri Adly Zahari berkata persiapan majlis yang dijadual dirasmikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berjalan lancar dan mendapat kerjasama serta komitmen daripada pelbagai agensi kerajaan termasuk Jabatan Penerangan dan agensi kerajaan negeri.

Pesiapan akhir sebelum Majlis Perasmian 3 Ogos nanti

Persiapan akhir sebelum Majlis Perasmian 3 Ogos nanti

Beliau berkata sebanyak 25 ruang pameran disediakan sepanjang program selama tiga hari itu bagi memudahkan maklumat dan informasi mengenai program serta inisiatif kerajaan disalurkan kepada rakyat.

“Saya telah meninjau persiapan dan mendapatkan maklumat perjalanan program yang bakal berlangsung terutama acara kemuncak malam perasmian. Melaka telah bersedia menjadi tuan rumah dan menjayakan acara pada kali ini.’ Ujar beliau semasa mengadakan tinjauan ke tapak pelancaran.

Sebanyak 25 ruang pameran daripada Pelbagai agensi kerajaan memberi perkhimatan dan maklumat kepada pengunjung

Sebanyak 25 ruang pameran daripada pelbagai agensi Kerajaan memberi perkhimatan dan maklumat kepada pengunjung

Pelbagai acara menarik dirancang bermula hari ini sehingga 4 Ogos dengan pelbagai aktiviti termasuk program keagamaan, Konvoi Kembara Jalur Gemilang, pameran ‘Caring Bridge’, karnival trak makanan, dan jualan My Best Buy oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Pasukan Okestra Tentera Darat menjalankan raptai memastikan majlis perasmian berjalan lancar

Pasukan Okestra Tentera Darat menjalankan raptai memastikan majlis perasmian berjalan lancar

Pagi esok program dimulakan dengan Larian Merdeka dan senamrobik manakala Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2019 diadakan pada sebelah malam diikuti dengan pelepasan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang, serta konsert ‘Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih’ yang menampilkan persembahan artis-artis tanahair serta pertunjukan bunga api.

-BERNAMA

Tinggalkan komen anda