Skip to main content
Berita TempatanHomePutrajaya

KMJG19: Hujan Sambut Lokasi Pertama

By 2 Ogos 2019Ogos 15th, 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto : Syed Hisham Shah (Putrajaya)

MASJID TANAH, 2 Ogos (Malaysiaaktif) – Sepanjang Sambutan Bulan Kebangsaan, Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2019 akan menjelajah ke seluruh negara bagi menggelorakan semangat patriotisme dan cintakan tanah air dalam kalangan rakyat.

Terminal Bas dan Teksi Masjid Tanah Sentral menjadi lokasi pertama KMJG 2019 sebelum pelepasan rasmi oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad malam esok.

Ahli Parlimen Masjid Tanah Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin yang menyambut ketibaan peserta konvoi di sini menyatakan keterujaan Masjid Tanah menjadi lokasi pertama kembara kali ini.

Mas Ermieyati menurunkan tandatangan pada buku perasmian sempena program KMJG 2019, di sini.

Mas Ermieyati menurunkan tandatangan pada buku perasmian sempena program KMJG 2019, di sini.

“Saya amat gembira sekali menyambut kehadiran rakan-rakan yang datang dari jauh dan dekat untuk sama-sama kita raikan program yang cukup bermakna ini.

“Hujan menyambut kehadiran peserta konvoi, ini bermakna semakin sejuk kawasan Masjid Tanah ini,” katanya berseloroh ketika berucap sempena program, di sini hari ini.

Menurut Mas Ermieyati, Parlimen Masjid Tanah turut mengadakan kembara bagi mengedarkan Jalur Gemilang kepada penduduk tempatan.

“Kita telah mengedarkan lebih 35 ribu helai bendera di seluruh Dewan Undangan Negeri di parlimen ini minggu lalu untuk menceriakan premis bangunan bagi menyemarakkan sambutan kali ini,” katanya lagi.

Program KMJG 2019 disertai kira-kira 30 kenderaan, akan menjelajah ke seluruh negera sepanjang sambutan Bulan Kebangsaan ini bermula di sini dan berakhir di Dewan Serbaguna Bandar Baru Salak Tinggi, 26 Ogos nanti.

-SH

Tinggalkan komen anda