Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Tingkat Kesedaran Rakyat Tentang Sains dan Teknologi – Adly Zahari

By 15 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporn/ foto: M Zakry Chan (Melaka)

AYER KEROH, 15 Ogos (Malaysiaaktif) – Pelancaran Minggu Sains Negara (MSN) Peringkat Negeri Melaka telah disempurnakan sebentar tadi oleh Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari bertempat di Melaka International Trede Centre (MITC) di sini.

Adly memasang tangan prostetic ciptaan Sujana Rejab kepada adik Amir Firas Herunhizam.

Adly memasang tangan prostetic ciptaan Sujana Rejab kepada adik Amir Firas Herunhizam.

Menurut Adly Zahari, MSN merupakan platform terbaik bagi meningkatkan kesedaran masyarakat umum terhadap kepentingan sains dan teknologi dalam kehidupan manusia dan kemajuan negara.

Tema Minggu Sains Negara tahun ini adalah “Sains untuk Kesejahteraan”. Tema ini dipilih kerana ia memberi masej dan kesedaran betapa sains dan teknologi memainkan peranan yang besar dan penting dalam mencapai kesejahteraan negara dan rakyat secara keseluruhannya iaitu dari aspek ekonomi, sosial, dan kelestarian persekitaran.

“Secara tidak langsung, penganjuran MSN 2019 ini akan meningkatkan pembangunan modal insan dan menarik minat pelajar untuk memilih bidang dan jurusan Science, Technology, Engineering, Mathematics (STEM)  sebagai kerjaya mereka.

“Selain itu, MSN 2019 juga sebagai platform untuk mengiktiraf sumbangan saintis, ahli akademik serta individu dalam mempromosikan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI), saya menyeru agar golongan muda terutama pelajar agar mengambil peluang ini dengan melibatkan diri dalam program-program yang dianjurkan,”ujarnya.WhatsApp Image 2019-08-15 at 14.10.02

Turut diadakan majlis penyerahan tangan prostetic cetakan 3D ciptaan Sujana Rejab kepada dua orang pesakit iaitu adik Amir Firas Herunhizam, lima tahun berasal daripada kampung Air Molek, Kuala Sungai Baru yang mengalami kecacatan sejak lahir serta Shahrul Anuar Abdul Rani,51, yang lumpuh tangan sebelah kiri akibat serangan strok dua tahun lalu, menerima tangan prosterik jenis ‘ExoHand’ yang dapat membantu beliau semasa sesi fisiologi di hospital.

Turut hadir di majlis tersebut Timbalan Ketua Setiausaha (Sains, Teknologi,  dan Inovasi) MESTECC Dr. Mohd Nor Azman Hassan dan Ketua Pengarah Agensi Remote Sensing Malaysia mewakili Agensi Angkasa Malaysia,  Azlikamil Napiah.

-KN

Tinggalkan komen anda