Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Aplikasi EIS Mudahkan Kutipan Hasil Tanah

By 2 September 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Fatin Nabila Muktar/Bashsyar Abdullah (Alor Setar)

ALOR SETAR, 2 Sep (Malaysiaaktif) – Program Lab Peningkatan Hasil Negeri Kedah memberi impak positif dan motivasi dalam memenuhi hasrat kerajaan negeri serta dapat menjadikan urustadbir kewangan yang baik.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata kerajaan negeri telah menyasarkan anggaran Kutipan Hasil Negeri bagi tahun 2019 iaitu sebanyak RM710 juta.

“Daripada jumlah ini, lebih daripada sebahagian anggaran kutipan hasil adalah terletak pada Pentadbiran Tanah iaitu sejumlah RM426 juta,” katanya ketika merasmikan Majlis Penyerahan dan Pelancaran Dashboard EIS Kutipan Hasil Tanah Terkini di Perkarangan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah, di sini hari ini.

Mukhriz ketika berucap merasmikan majlis.

Mukhriz ketika berucap merasmikan majlis.

Aplikasi Dashboard EIS merupakan inovasi terbaharu pejabat Tanah dan Galian Negeri Kedah dalam meningkatkan imej dan urustadbir pentadbiran tanah serta meletakkan negeri ini setaraf dengan negeri lain dalam inisiatif kerajaan negeri.

“Dashboard EIS ini merupakan projek perintis untuk kegunaan Pegawai Eksekutif Kerajaan Negeri dan integrasi data antara jabatan kerajaan negeri.

“Inovasi ini dapat mengalakkan perkongsian sumber ICT ke arah penjimatan perbelanjaan negeri serta menggalakkan lagi perkongsian data dalam meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan yang lebih mudah, cepat dan efektif,” katanya lagi.

Menurut Mukhriz lagi, persediaan untuk menerima cetusan idea baharu dan inovasi ICT dalam urusan pentadbiran tanah dengan menjadikan teknologi sebagai anjakan dalam proses penyampaian perkhidmatan adalah perlu.

‘’Semoga dengan terlaksananya Dashboard EIS ini ia dapat menjadikan satu transformasi besar dalam usaha meningkatkan tahap kecekapan dan kemajuan teknologi dan ICT dalam aspek pengurusan dan pemantauan kutipan hasil tanah yang lebih efisyen dan efektif.

“Jalinan kerjasama antara jabatan dapat dilakukan dan diteruskan pada masa akan datang dan menjadi suntikan motivasi kepada seluruh pegawai dan kakitangan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah,’’ tambahnya.

-SH

Tinggalkan komen anda