Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Semai Semangat Kebangsaan Dari Kecil

By 3 September 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Khairunnisa Abd Rahman (Jasin)

JASIN, 3 Sept (Malaysiaaktif) – Program Sambutan Bulan Kebangsaan Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam telah diadakan baru-baru bagi memupuk semangat patriotism dalam diri masyarakat terutamanya golongan muda dan kanak-kanak.

Pelajar Tabika KEMAS Serkam Darat, Muhammad Sufi Syahmi Suhaimi, 5, begitu teruja menyertai Program Sambutan Bulan Kebangsaan peringkat DUN Serkam tersebut.

Kanak-kanak Tabika KEMAS berhimpun di padang dan menyanyikan lagu-lagu patriotik.

Kanak-kanak Tabika KEMAS berhimpun di padang dan menyanyikan lagu-lagu patriotik.

“Saya seronok dapat jumpa ramai kawan dan masuk pertandingan mewarna hari ni. Cikgu telah memberi bendera dan kami menyanyi lagu-lagu merdeka di padang sebelum masuk mewarna,” tutur Sufi.

Guru Tabika KEMAS Serkam Darat, Sharipah Othman pula berbesar hati dengan penyertaan Jabatan Penerangan (JaPen) yang membuka kaunter pameran dalam program tersebut.

“Kami memang ingin mendapatkan potret Agong dan Permaisuri tapi belum berkesempatan ke Jabatan Penerangan. Alhamdulillah hari ni JaPen sudi bawakan potret-potret ini dan buku-buku kecil berkaitan hari kebangsaan dan lain-lain serta komik geng klik yang menarik minat anak-anak tabika kami,” ujar Sharipah.

Sambutan bulan kebangsaan DUN Serkam ini melibatkan penyertaan seramai 160 anak-anak tabika KEMAS yang berlangsung di Padang Awam Taman Pulai Indah.

Pelbagai aktiviti diadakan seperti perbarisan, menyanyikan lagu Negaraku, Melaka Maju Jaya dan membaca ikrar rukun negara dan pertandingan mewarna.

Pertandingan Mewarna.

Pertandingan Mewarna.

-KN

Tinggalkan komen anda