Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Dua Beradik Tempa Kejayaan

By 2 September 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/Foto: Mohamad Roslan (Gua Musang)

GUA MUSANG, 2 Sep (Malaysiaaktif) – Detik bersejarah buat dua bersaudara setelah dinobat sebagai pemenang pertandingan menghias basikal bagi program Merdeka@Komuniti peringkat Daerah Gua Musang 2019 baru-baru ini.

Syamimi Mohd Rusli, 13, memenangi tempat pertama manakala adiknya Nur Futri Umairah Zulkiffli di tempat kedua. Hadiah telah disampaikan oleh Ketua Penolong Ketua Jajahan (Pembangunan) Gua Musang, Nik Ahmad Shazzwan yang mewakili Ketua Jajahan Gua Musang, merangkap perasmi program.

Program ini diadakan bagi menarik minat dan mencungkil kreativiti peserta di dalam aktiviti menghias basikal. Disamping itu pelbagai aktiviti turut diadakan bagi menyempurnakan Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.

Ibu kepada kedua-dua pemenang, Zuliana Mat Husin, 38, sangat gembira kerana kedua-dua anaknya berjaya dalam pertandingan menghias basikal.

Menurutnya lagi, setiap tahun beliau membawa anak-anaknya untuk nenyertai pertandingan dan kali ini mereka berjaya.

“Cukup meriah dan menarik dengan pelbagai aktiviti khususnya yang melibatkan kanak-kanak,” ujar Zuliana lagi.

Aktiviti lain yang diadakan termasuklah Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG), senamtari, pertandingan mewarna kanak-kanak Tabika KEMAS, Pertandingan Pakaian Keceriaan Merdeka, Deklamasi Puisi, cabutan bertuah, Pantomin Sejarah Penentangan Musuh Negara dan taklimat inisiatif MySalam serta PeKa B40.

Pemenang tempat pertama pertandingan menghias basikal di dalam program Merdeka@Komuniti Peringkat Daerah Gua Musang.

Pemenang tempat pertama pertandingan menghias basikal di dalam program Merdeka@Komuniti Peringkat Daerah Gua Musang.

Manakala Umi Uzati Malek, 19, berkata program ini amat menarik dan meriah dengan adanya slot persembahan Pantomin. “Saya tertarik dengan gambaran dan lakonan yang dibawa oleh peserta. Ia memberi kesan yang mendalam kepada mereka yang dapat menghayati cerita yang dipaparkan,” ujar Zuliana.

Menurut seorang lagi pengunjung Saudah Yaakob 53, beliau seronok melihat gelagat anak-anak di pentas sambil memperagakan pakaian mereka.

“Zaman Mak Cik dulu tiada pertandingan macam ni. Kalau ada kategori dewasa, saya pun teringin menyertainya,” ujar beliau sambil berseloroh.

Acara pelepasan Konvoi KMJG telah disempurnakan oleh Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd Taufik Maidin di Perkarangan Masjid Buluh.

Sebanyak 30 unit kenderaan daripada Kelab ARMADA, 12 unit Pejabat Kerajaan Persekutuan dan Negeri serta Agensi dan 9 unit daripada Komuniti daerah Gua Musang.

Mohd Ridzuan Hassan, 37 berkata program ini amat menarik dan cantik dengan pelbagai pengisian. Beliau berharap supaya semua golongan komuniti memahami, mengerti dan menghayati erti sebenar kemerdekaan.

Konvoi KMJG bergerak menuju ke Dewan Semai Bakti Felda Chiku 3 Paloh Gua Musang pada tepat pukul 9  pagi.

Objektif utama program ini adalah untuk mengingati orang ramai betapa pentingnya memahami erti kemerdekaan. Justeru itu mereka diajak bersama untuk mengibarkan jalur gemilang supaya semangat cintakan tanah air itu wujud di hati dan dapat mempertahankan kedaulatan negara.
– NAZ

Tinggalkan komen anda