Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanMASabah

Gantung Tangan Pelajar, Asah Bakat Melukis Doodle

By 8 September 2019Tiada komen8 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: Fauzrina Bulka/Azman Jumat (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 8 Sept (Malaysiaaktif) – Perpisahan dan pergolakan dalam hubungan kekeluargaan bukanlah alasan untuk kita tidak meneruskan kehidupan dengan sebaiknya.

Suasana ketika Wani dan rakan-rakannya membuat lukisan doodle di Wisma Dang Bandang.

Suasana ketika Wani dan rakan-rakannya membuat lukisan doodle di Wisma Dang Bandang.

Ujian dan ketentuan yang dihadapi seharusnya ditempuhi secara positif dan jadikan sebagai pembakar semangat agar dapat memperbaiki kehidupan yang mendatang.

Begitulah apa yang dirasai oleh pelajar SMK Bongawan II, Siti Noriswani Fazly, 17 atau Wani yang tidak mengalah dengan ujian hidup apabila berlaku perpisahan antara kedua ibu bapanya ketika dia berusia 13 tahun.

Suasana ketika Wani dan rakan-rakannya membuat lukisan doodle di Wisma Dang Bandang.

Suasana ketika Wani dan rakan-rakannya membuat lukisan doodle di Wisma Dang Bandang.

Kini dengan bakat yang ada padanya, Wani mampu berbangga kerana pernah meraih johan dalam pertandingan lukisan doodle ketika bersaing bersama pelajar luar di peringkat antara bangsa dalam satu program yang diadakan di Labuan.

Perjalanan menjadi yang terbaik bukanlah mudah, itu diakui sendiri oleh Wani bukan sahaja dengan latihan bertahun, tetapi apabila tangan mereka digantung selama 3 jam oleh guru pendidikan seni mereka, Affendy Yubah.

Wani sempat memberikan senyuman sambil membuat doodle.

Wani sempat memberikan senyuman sambil membuat doodle.

“Memang rasa sakit hati apabila mengingati semula pengalaman tangan kami digantung oleh cikgu, tapi kami faham niat cikgu untuk melatih kami supaya dapat bertahan lama ketika mengikut pertandingan doodle.

“Kebiasaannya pertandingan sebegitu mengambil masa 2 hingga 3 jam yang mana jika peserta tidak membiasakan diri dalam keadaan begitu, pasti tangan menjadi lenguh dan gelentar.

Hasil Kerja Wani bertemakan pembangunan yang wujud di Sabah.

Hasil Kerja Wani bertemakan pembangunan yang wujud di Sabah.

“Jika itu berlaku, pastinya lukisan akan kurang menjadi dan peserta akan hilang fokus,” ujar Wani yang juga sering menerima tempahan melukis inai pada pengantin.

Wani juga tidak bersetuju jika ada ibu bapa yang menghalang minat anak-anak untuk melukis kerana dengan aktiviti ini juga sebenarnya dapat memberikan pendapatan jika dilakukan dengan betul.

Mural pada tembok Wisma Dang Bandang yang disiapkan oleh pelukis daripada Persatuan Seni Visual Sabah.

Mural pada tembok Wisma Dang Bandang yang disiapkan oleh pelukis daripada Persatuan Seni Visual Sabah.

Ini terbukti apabila mereka juga sering dijemput untuk melukis doodle di bangunan kerajaan dan swasta.

Menurut Wani untuk lebih menajamkan lagi kemahiran melukis, seseorang perlu rajin untuk membuat kajian dan melihat hasil karya pelukis lain yang mudah ditemui melalui Internet.

Chan Foong Hin mneyampaikan hadiah kepada johan pertandingan memasak iaitu kumoulan Spice Girls sambil ditemani oleh Norzawiyah(dua dari kiri) dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Media Siber, Zamri Abdul Ghani.

Chan Foong Hin mneyampaikan hadiah kepada johan pertandingan memasak iaitu kumoulan Spice Girls sambil ditemani oleh Norzawiyah(dua dari kiri) dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Media Siber, Zamri Abdul Ghani.

Wani ditemui ketika membuat doodle di dinding bangunan Wisma Dang Bandang sempena Karnival Merdeka @ Komuniti Peringkat Daerah Kota Kinabalu 2019 yang dirasmikan oleh Ahli Parlimen P172 Kota Kinabalu, Chan Foong Hin.

Turut hadir pada karnival tersebut ADUN N.14 Likas, Lee Fatt; ADUN Dilantik, Ronnie Loh; Setiausaha Bahagian Komunikasi Strategik Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Almain Ajirul dan Timbalan Presiden Pertubuhan Komuniti Penderma Darah Malaysia, Dato’ Sri Dr Ruddy Awah.

Yunus (kanan) tidak melepaskan peluang merakamkan kenangan bersama Johan Pertandingan Memasak.

Yunus (kanan) tidak melepaskan peluang merakamkan kenangan bersama Johan Pertandingan Memasak.

Dalam karnival yang diadakan pada Sabtu, banyak acara yang dijalankan sepanjang hari antaranya Doodle Sayangi Malaysiaku, Mural Sayangi Malaysiaku, Graffiti Negaraku 2019, Pertandingan Memasak dan Beyblade.

Pelajar SMK Bongawan II dijemput untuk melukis doodle atas cetusan idea Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan (JaPen) Sabah, Yunus Saprin mengikut tema yang telah dipersetujui lebih awal antara kedua-duanya iaitu Flora fauna, alat muzik tradisional dan pembangunan yang wujud di Sabah.

Affendy berbangga punya pelajar yang berbakat seperti Wani dan rakan-rakannya. 7.Masniah turun pandang memberi sokongan kepada para pelajar.

Affendy berbangga punya pelajar yang berbakat seperti Wani dan rakan-rakannya.

Dalam pada itu Affendy yang turut hadir menemani anak didiknya berkata SMK Bongawan II ini memang sudah terkenal dengan pasukan doodle di Malaysia kerana pelukis mereka sering mendapat tempat pertama dan ke-2 peringkat kebangsaan.

“Disamping itu juga, kami juga dapat banyak bantuan dari JaPen untuk sekolah melalui Kelab Malaysiaku kendalian JaPen sendiri ketika menjalankan aktiviti di sekolah dan pernah juga seramai 20 orang ditaja melawat parlimen di Kuala Lumpur.

Aksi salah seorang peserta ketika pertandingan memasak.

Aksi salah seorang peserta ketika pertandingan memasak.

“Banyak juga program yang diadakan di sekolah mendapat dana serta sokong oleh JaPen sendiri.

“Atas sebab itu juga kami memberi sumbangan semula kepada JaPen dengan cara melukis doodle dan untuk itu kami minta pelajar-pelajar yang memang berbakat dalam bidang ini,” ujar Affendy.

Peserta tekun menyiapkan graffiti.

Peserta tekun menyiapkan graffiti.

Menurutnya, empat orang pelajarnya berada dalam tingkatan 5 dan akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia, malahan mereka juga sudah di tempah oleh fakulti seni di sebuah universiti tempatan untuk menyertai mereka.

Ini berikutan sumbangan pelajarnya agak banyak kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) kerana sering dijemput selalunya ke acara yang melibatkan lukisan mural tentang dasar-dasar kerajaan, melaluinya mereka dikenali.

Pemenang Pertandingan Grafiti iaitu Johan daripada SMK Likas.

Pemenang Pertandingan Grafiti iaitu Johan daripada SMK Likas.

Affendy akui para pelajarnya datang daripada latarbelakang keluarga yang susah samada mangsa perceraian, di tinggalkan bapa sejak bayi dan punya keluarga yang daif.

“Tujuan saya bawa mereka ke pasukan ini supaya mereka dapat meningkatkan taraf hidup mereka, Syukur alhamdulillah setakat ini memang mereka berjaya.

Tempat kedua Pertandingan Grafiti dimenangi SMK Bandaraya

Tempat kedua Pertandingan Grafiti dimenangi SMK Bandaraya

“Mereka ini buat kerja sampingan untuk buat inai pengantin yang mana pendapatan mereka boleh mencecah ratusan ringgit sehari, hasil latihan yang saya beri selama 2 tahun.

“Mulanya mereka ini tiada bakat, malahan mereka kurang menonjol dalam akademik, dan serba serbinya mereka ini suka mengasingkan diri kerana rendah diri dengan latar belakang hidup mereka.

Tempat ketiga Pertandingan Grafiti dimenangi oleh SMK Likas

Tempat ketiga Pertandingan Grafiti dimenangi oleh SMK Likas

“Jadi apabila mereka terlibat dengan seni doodle, mereka lebih menyerlah, secara automatik mereka dapat memotivasikan diri untuk terus melonjak dalam akademik dan kokurikulum. Setakat ini saya berpuas hati dengan akademik mereka dan berpotensi untuk memasuki universiti,”ujarnya.

Tambahnya, pada 27 September akan datang akan dianjurkan sebuah festival seni dengan penganjuran di peringkat kebangsaan dan antara bangsa di mana Affendy berharap pelajarnya dapat kekalkan momentum dan mendapat sekurangnya 5 terbaik untuk peringkat antara bangsa.

Masniah turun pandang memberi sokongan kepada para pelajar.

Masniah turun pandang memberi sokongan kepada para pelajar.

Pengetua SMK Bongawan II, Datin Masniah Tarah turut hadir memberikan sokongan kepada para pelajarnya ketika menyiapkan tugasan yang diamanahkan.

Katanya, hubungan JaPen dan sekolah bukanlah baharu terjalin tetapi hampir sama dengan tahun perkhidmatannya sebagai guru sejak 1993 iaitu kira-kira 26 tahun.

Chan Foong Hin menyampaikan sijil kepada penunggang motorsikal yang turut serta pada karnival tersebut

Chan Foong Hin menyampaikan sijil kepada penunggang motorsikal yang turut serta pada karnival tersebut

“Tahun 1996 Kelab Malaysiaaku yang dulu dikenali sebagai Kelab Setia, pertama kali ditubuhkan di Sabah ialah di SMK Putatan dan sayalah guru yang pertama sekali menjadi guru penyelaras.

“Kelab setia itu saya bawa ke mana pun saya bertugas, saya percaya dan yakin dengan penglibatan dengan JaPen ini akan memudahkan kerjasama untuk banyak perkara.

Booth Adabi yang menjadi tumpuan pengunjung yang hadir pada karnival

Booth Adabi yang menjadi tumpuan pengunjung yang hadir pada karnival

“Banyak perkara yang jabatan telah bantu kami dan apabila kami dibantu begitu lama dan hari ini pula kami diminta untuk membantu, kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan,” ujar Masniah.

Tambahnya, sebenarnya ketika masih di alam persekolahan ini pelajarnya boleh bertahan dalam mendapatkan sumber kehidupan kerana mereka banyak mendapat permintaan samada membuat lukisan doodle ataupun inai.

Aksi ketika pertandingan beyblade

Aksi ketika pertandingan beyblade

“Namun begitu kami terpaksa hadkan kerana mereka perlu mengulangkaji sebelum menghadapi peperiksaan SPM tidak lama lagi.

“Sekolah kami juga dianakangkatkan oleh Pembantu Menteri kepada Menteri Pelajaran dan Inovasi, Jennifer Lasimbang selepas melawat sekolah kami dan hanya kerana doodle sebab dia sukakan seni.

Aksi ketika pertandingan beyblade

Aksi ketika pertandingan beyblade

“Kami rasa bertuah kerana beliau turut memberikan sumbangan untuk Kelab Doodle sekolah malahan pelajar kami turut ditempah untuk buat lukisan doodle di daerah Penampang.

“Jadi kita dapat lihat masa depan anak-anak ini sangat cerah kalau mereka kekalkan momentum ini, dan kita sendiri dapat lihat bakat luarbiasa mereka ini yang melukis hanya melalui imaginasi mereka semata,”ujarnya mengakhiri perbualan.

Chan Foong Hin(kanan) bergurau bersama Norzawiyah(kiri) ketika melawat booth RTM.

Chan Foong Hin(kanan) bergurau bersama Norzawiyah(kiri) ketika melawat booth RTM.

Pada Karnival Merdeka @ Komuniti Peringkat Daerah Kota Kinabalu 2019 yang merupakan anjuran Pejabat Penerangan Kota Kinabalu bersama Kelab Kebajikan Sosial JaPen (KAPSA), turut diadakan Program Nostalgia Kembara Merdeka Berkeretapi bermula di Tanjung Aru hingga Beaufort pada Ahad.

Seramai 120 orang peserta terlibat dalam program ini termasuk para pesara bagi mengenang nostalgia dan jasa perkhidmatan keretapi Sabah apabila landasannya dari Jesselton (Kota Kinabalu) ke Beaufort di siapkan pada 1906 turut memberi impak kemajuan pembangunan kepada pekan-pekan kecil.

ER

Tinggalkan komen anda