
Laporan/foto: Robin Junang (Kuching)
KUCHING, 28 Sept (Malaysiaaktif) – Kumpulan HLV Gemilang dari Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak Kota Samarahan mewakili Sarawak dalam Pertandingan Pengisahan Peringkat Kebangsaan anjuran Jabatan Penerangan Malaysia.
Pada peringkat saringanĀ Pertandingan Pengisahan ini diadakan pada 28 September 2019 (Sabtu) di Institut Pendidikan Guru, Kampus Datoā Razali Ismail Kuala Nerus,Ā manakala peringkat akhir pada 29 September 2019 (Ahad) di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Kampus Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu Darul Iman.
Kumpulan ini diwakili oleh tiga anak muda Alexswealth anak Egun, Veronica Dina anak Saga dan Lis Solihat binti Ag Hasbolah merupakan siswa pendidik dari IPGTAR KotaĀ Samarahan di mana kesemua mereka mengambil program ijazah sarjana muda perguruan dalam pendidikan jasmani.
Kumpulan ini terbentuk hasilĀ daripada dorongan dan sokongan yang diberikan oleh pensyarah Jabatan Pengajian Melayu dan Jabatan Pendidikan Jasmani IPGTAR.
Mesej yang disampaikan oleh kumpulan iniĀ adalah mengenai kisahĀ perjuangan Rosli Dhoby, seorang anak muda yang berusia 17 tahun ketika itu ingin membebaskan Sarawak dari kuasa penjajah di mana beliau telah berjaya menamatkan riwayat Duncan George Steward, Gabenor British dengan menggunakan sebilah badik.
Setelah 46 tahun Kisah Rosli DhobyĀ yang dianggap sebagai pengkhianat dan pembunuh akhirnya kini diangkat sebagai seorang wira Sarawak oleh kerajaan negeri pada tahun 1996.
Jenazahnya yang disemadi di Penjara Pusat Kuching selama 46 tahun akhirnya dipindahkan danĀ dikebumikan di Makam Pahlawan Sarawak berhampiran Masjid KotaĀ Sibu pada 2 Mac 1996. Dia telah diberikan penghormatan pengkebumian negeri oleh kerajaan Sarawak.
Wakil dari Sarawak ini akan membawa kisah tragis yang berlaku di mana kerajaan British pada waktu itu telah menukarkan usia RosliĀ Dhoby daripada 17 tahun kepada 18 agar ia boleh dihukum bunuh.
āPerasaan teruja itu sangat tinggi untuk membawa kisah Rosli DhobiĀ agar rakyat Malaysia kenal siapakah āRosli Dhobyā,ā kata Lis Solihat binti Ag HasbolahĀ salah seorang trio kumpulan HLV.
Bagi Alexswealth anak Egun, mereka telah membuat persediaan dari segi kajian kisah Rosli Dhobi dan membuatĀ beberapa latihan serta persembahan untuk mendapatkan ulasan bagi memperbaiki mutu persembahan.
āKami juga mendapat bimbingan dari pensyarah iaitu Dr Anna dan Dr Sara serta Pengarah IPGTAR bagi memperbaiki teknikĀ serta memantapkan persembahan,ā ujar Alexswealth anak Egun lagi.
Trio ini amat berharap semoga dapat menjulang nama SarawakĀ dalam Pertandingan Pengisahan Peringkat Kebangsaan nanti walaupun tidak mempunyai pengalaman luas dalam bidang lakonan dan teater.