Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePutrajaya

MyMerdeka Terjemah Aspirasi Kerajaan Pupuk Semangat Solidariti Pelbagai Kaum

By 7 September 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Edi Rizam (Putrajaya)

BUKIT MERTAJAM, 7 Sept (Malaysiaaktif) – Program MyMerdeka Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih berunsurkan kenegaraan mampu menjadi medium menterjemahkan aspirasi Kerajaan dalam memupuk Semangat perpaduan antara kaum di Malaysia.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan Pulau Pinang Dr. Afif Bahardin dalam perasmiannya berkata penganjuran program seperti ini mampu memberikan kesedaran kepada para pengunjung melalui penghayatan paparan aspirasi kerajaan secara visual dalam mewujudkan negara yang bersatu padu dan mengamalkan toleransi antara kaum.

Permainan interaktif E-Sports disedikan RTM menarik minat holong belia

Permainan interaktif E-Sports disedikan RTM menarik minat golongan belia

“Pelbagai pengisian menarik sepanjang tempoh pelaksanaan program antaranya Pameran Sejarah Negara, Pameran Raja Kita, Pameran Koleksi Logo Hari Kebangsaan, Sudut Karikatur, Persembahan PENTARAMA, Pertandingan Bintang Patriotik, Pertandingan Mewarna Untuk Kanak-kanak, Kuiz Kenegaraan, Sudut Tayangan Multimedia dan Video Kenegaraan, Layar Bestari dan Klinik Foto@JaPen.

“Saya amat berharap, program dan aktiviti seumpama ini, dapat menyemarakkan semangat patriotisme kita dalam menghargai sebuah kemerdekaan. Sebagai warganegara, kita perlu bersyukur dan merasa bertuah menjadi rakyat negara yang berdaulat dan merdeka kerana kita dapat mengecapi kehidupan dalam suasana yang harmoni, aman dan sejahtera”. Tambah beliau.

Agensi dibawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia menyertai pameran MyMerdeka

Agensi dibawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia menyertai pameran MyMerdeka

Program MyMerdeka Sayangi Malaysiaku:Malaysia Bersih anjuran Jabatan Penerangan melaysia ini telah memasuki tahun keempat penganjurannya, bertujuan menterjemahkan aspirasi kerajaan dalam memupuk semangat solidariti pelbagai kaum yang erat demi mewujudkan negara yang bersatu padu.

Program berkonsepkan komunikasi visual secara bersemuka yang mendapat kerjasama daripada pelbagai agensi kerajaan dan pihak swasta dan Pulau Pinang merupakan lokasi ke-3 penganjurannya bagi menyemarakkan lagi Bulan Kebangsaan dan sambutan Hari Malaysia tahun ini.

Tinggalkan komen anda