Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

UTC Perlis Semarakkan Sambutan Bulan Kebangsaan 2019

By 7 September 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Anuar Che Amat (Kangar)

KANGAR, 7 Sept ( Malaysiaaktif) – Dalam usaha  menyemarakkan lagi suasana sambutan hari kebangsaan, pihak Pusat Tranformasi Bandar (UTC) Kangar telah menganjurkan Program Semarak Merdeka dan Sayangi Malaysia di perkarangan UTC tersebut di sini, hari ini.

Penolong Pengurus UTC Perlis Ishammudin Shaffiee berkata program ini diadakan bagi memupuk dan  memberi kesedaran kepada kanak-kanak di peringkat usia di bawah 15 tahun tentang kemerdekaan dan kenegaraan melalui acara dan aktiviti yang dianjurkan.

Aktiviti e-learning antara aktiviti yang dapat menarik banyak penyertaan dari kanak-kanak yang hadir ke UTC Kangar.

E-learning antara aktiviti yang dapat menarik banyak penyertaan dari kanak-kanak yang hadir ke UTC Kangar.

“Pelbagai aktiviti menarik telah kami sediakan untuk kanak-kanak yang berumur di antara 5 hingga 15 tahun seperti pertandingan mewarna, sajak kemerdekaan, pertandingan bercerita, nyanyian lagu patriotik dan kolaj bersama keluarga di mana telah berjaya menarik lebih dari 200 orang peserta menyertainya,” ujarnya.

Program Anjuran UTC Perlis ini telah mendapat kerjasama daripada PTPTN Perlis, Perpustakaan Awam Negeri Perlis, Suruhanjaya Syarikat Malaysia Negeri Perlis dan Pusat Internet PPR Seri Sena.

Encik Ishamuddin Shafiee, Penolong Pengurus UTC Kangar.

Ishamuddin Shafiee, Penolong Pengurus UTC Kangar.

Tambah beliau, pihak UTC akan berusaha untuk menganjurkan acara-acara seperti ini pada setiap tahun kerana ia merupakan platform terbaik dalam memperkenalkan lagi UTC pada orang ramai.

“Setiap bulan lebih dari tiga puluh ribu orang mengunjungi UTC Kangar untuk mendapatkan pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan oleh lebih dua puluh agensi kerajaan.”

Pertandingan Kuiz Kahoot antara aktiviti yang dianjurkan di Program Semarak Merdeka dan Sayangi Malaysia.

Pertandingan Kuiz Kahoot antara aktiviti menarik yang dianjurkan sempena Program Semarak Merdeka dan Sayangi Malaysia.

“Kami mempunyai rekod setiap pengunjung yang hadir dan ia menunjukkan peningkatan lebih ketara terutama pada hari Sabtu,” tambahnya lagi.

Pembantu Pustakawan Perpustakawan Komuniti UTC Perlis, Mohd Faizol Che Mohd Kasa memaklumkan bahawa pihak Perpustakaan Komuniti UTC turut menganjurkan beberapa acara seperti pertandingan kahoot dan jom baca edisi merdeka dan e-learning games yang melibatkan seramai 25 orang kanak-kanak.

“Rata-rata kanak-kanak yang hadir sangat teruja menyertai acara yang kami tawarkan terutamanya kuiz kahoot yang mengunakan teknologi masa kini,” ujarnya lagi.
-NI-

Tinggalkan komen anda