Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomePahang

RM20 Juta Bina 100 Hektar Santuari Gajah Baharu

By 8 September 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Pai Syahira Yahya (Pahang)

TEMERLOH, 8 Sep ( Malaysiaaktif) – Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak telah meluluskan cadangan membina santuari gajah baharu seluas negeri tersebut.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr. Xavier Jayakumar, berkata projek tersebut akan dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia ke-12 melibatkan peruntukan sebanyak RM20 juta bagi usaha memulihara populasi gajah yang semakin terancam.

“Pada masa ini kementerian telah mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Negeri Perak serta Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) bagi mengenal pasti kawasan yang sesuai di Aman Jaya, Ipoh.

“Rancangan kita adalah untuk mendapatkan gajah-gajah yang ada konflik dengan manusia dibawa dan dilepaskan ke dalam hutan melalui santuari baharu ini,” katanya ketika ditemui sempena Sambutan Hari Gajah Sedunia di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah Lanchang, di sini semalam.

Dalam pada itu, dua lagi Pusat Konservasi Gajah telah ditubuhkan iaitu di Sg. Deka, Terengganu dan Santuari Gajah Johor (JES) sebagai usaha peningkatan khusus dalam pemuliharaan gajah.

Sehingga kini hampir 1000 ekor gajah liar dari seluruh Malaysia berjaya ditranslokasi ke hutan bermula pada tahun 1974.

Turut hadir, Timbalan Menteri Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, Ketua Setiausaha KATS Datuk Zurinah Pawanteh serta Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (Perhilitan) Datuk Abdul Kadir Abu Hashim.

-SH

Tinggalkan komen anda