Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Perpaduan Kemakmuran Bersama

By 1 September 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto :  Mohd. Yusof Abd. Samad (Tangkak)

TANGKAK, 1 Sept (Malaysiaaktif) – Rakyat pelbagai kaum dan usia membanjiri Dataran Ledang di sini, bagi memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan 2019 Peringkat Daerah Tangkak yang diraikan dengan penuh semangat patriotik.

Sambutan ini membabitkan 64 buah kontijen yang melibatkan pelbagai jabatan dan agensi serta pelajar sekolah di daerah ini.

Kontijen PDRM Daerah Tangkak turut menyertai Perbarisan Hari Kebangsaan Peringkat Daerah.

Kontijen PDRM Daerah Tangkak turut menyertai Perbarisan Hari Kebangsaan Peringkat Daerah.

Ketua Kontijen Perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Daerah pada tahun ini diketuai oleh Mejar Zatul Akmam Yusof bersama tujuh orang pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang membawa Jalur Gemilang bersaiz besar menambahkan lagi keterujaan para penonton.

Antara jabatan yang turut serta dalam perbarisan kali ini ialah Pejabat Daerah Tangkak, Pejabat Kesihatan Daerah Tangkak, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pejabat Kebajikan Daerah Tangkak dan banyak lagi.

Antara Kontijen yang menyertai perbarisan.

Antara kontijen yang menyertai perbarisan.

Kontijen perbarisan pada tahun ini turut disertai oleh kontijen Pejabat Pendidikan Daerah termasuk para pelajar dari SMK Tun Mamat, Tangkak dan SMK Ledang yang bersemangat untuk menjadi sebahagian daripada kontinjen perbarisan Hari Kebangsaan kali ini.

Matlamat sambutan Hari Kebangsaan adalah untuk memupuk semangat cintakan negara dikalangan orang ramai tanpa mengira usia, kaum dan agama.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan  Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar Tan Chen Choon semasa ucapan perasmian Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Daerah Tangkak di Dataran Ledang.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar Tan Chen Choon semasa ucapan perasmian Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Daerah Tangkak di Dataran Ledang.

Menurut Mohd Farid Ali, 19, yang sempat ditemubual menyuarakan rasa bangga kerana dapat bersama-sama menyertai perbarisan sambutan hari kebangsaan kali ini dan beliau bersyukur dengan keamanan yang telah dimiliki selama ini malah kekuatan perpaduan walaupun hidup dalam kepelbagaian kaum, agama dan budaya.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar Tan Chen Choon dalam ucapannya berkata tanpa ada kestabilan politik, sosial mahupun ekonomi sukar untuk pihak kerajaan menjana pendapatan bagi membangunkan negara dan membela nasib rakyat.

“Jika tiada persefahaman antara kaum maka sukar untuk membentuk perpaduan.”

“Perpaduan yang ada hendaklah dipertahankan demi menjamin kemakmuran dan kesejahteraan berterusan dinegara ini” ujarnya lagi.

Turut hadir Pegawai Daerah Tangkak Mahadon Marnin serta ketua-ketua jabatan daerah Tangkak.

-NI-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda