Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahPerak

Selidik Sebelum Viral

By 14 September 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Suzira Zainol Abidin (Ipoh)

TAPAH, 14 Sep (Malaysiaaktif) – Masyarakat kini lebih terarah kepada komunikasi dalam talian berbanding komunikasi secara bersemuka.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Negeri Perak, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim, trend ini merupakan satu perkembangan baik kemajuan teknologi komunikasi di Malaysia.

“Namun jaringan internet tanpa sempadan ini turut menyebabkan kita berdepan dengan cabaran media sosial yang mudah mempengaruhi pemikiran rakyat,” katanya ketika berucap merasmikan Pertandingan Pidato Kenegaraan Peringkat Negeri Perak 2019 di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Cawangan Perak, di sini hari ini.

Pertandingan anjuran Jabatan Penerangan Negeri Perak itu menyaksikan seramai enam orang peserta berentap bagi merebut gelaran juara.

Tambah Hasnul, kemudahan teknologi yang sedia ada janganlah disalahgunakan demi kepentingan peribadi.

“Saya menyeru agar semua pihak sentiasa menyelidik dahulu kesahihan sebarang maklumat yang tersebar ataupun tular di media sosial, bercakaplah hanya perkara yang benar,” katanya lagi.

-SH

Tinggalkan komen anda