Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Sik Community Fun Ride Wajar Dijadikan Acara Tahunan

By 19 September 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Fasharina Kholil/Kolej Komuniti Sik (Sik)

SIK, 19 Sep (Malaysiaaktif) – Seramai 300 orang peserta menyertai Sik Community Fun Ride (SCFR) 2.0 sejauh 37 kilometer bersempena Program Rapat Rakyat Daerah Sik baru-baru ini.

Kayuhan santai anjuran Kolej Komuniti Sik, Briged Sukarelawan Kolej Komuniti (Brisk) serta Saujana Cycling Club (SCC) yang merentasi 17 buah kampung itu juga adalah bagi menyemarakkan lagi sambutan Bulan Kebangsaan 2019.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan dan Sumber Air dan Tenaga Negeri Kedah Datuk Ir Zamri Yusuf, program sebegini dapat menjadi satu tarikan baharu di daerah ini dalam usaha untuk memacu pembangunan sektor pelancongan.

“Ini juga merupakan satu usaha untuk mempergiatkan aktiviti sukan terutamanya sukan berbasikal serta menggalakkan amalan gaya hidup sihat.

“Kini aktiviti berbasikal menjadi pilihan untuk melakukan aktiviti riadah khususnya bersama keluarga,” jelasnya ketika berucap di Majlis Perasmian Sik Community Fun Ride 2.0 di Perkarangan Kolej Komuniti Sik, di sini.

Lebih menarik, SCFR siri kedua ini mendapat sambutan luar jangka apabila turut disertai oleh peserta-peserta daripada seluruh wilayah utara.

Sementara itu, menurut salah seorang peserta, Mohd Zulkifli Harun, berharap agar penganjuran program ini dapat diteruskan dari masa ke masa kerana ia bertepatan dengan trend sukan berbasikal.

“Selain daripada itu, melalui aktiviti ini, ia bukan sahaja dapat melahirkan warga yang sihat dan cergas bahkan komitmen peserta menunjukkan keprihatinan dalam menyemarakkan lagi semangat kesukanan serta kecintaan terhadap negara,” jelasnya.

-SH

Tinggalkan komen anda