Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Merdeka@Komuniti Rai Pasangan Kahwin Campur

By 19 September 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/ foto: M Zakry Chan/ Fariza Farnoh (Melaka)

AYER KEROH 19 Sep (Malaysiaaktif) – Program Merdeka@Komuniti Peringkat Negeri Melaka 2019 yang berlangsung 13 hingga 15 September bertempat di Dataran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) membawa kelainan dengan meraikan lapan pasangan pengantin yang berkahwin campur.

Pasangan pengantin menyuap kek sebagai gimik Persandingan Perdana Kahwin Campur.

Pasangan pengantin menyuap kek sebagai gimik Persandingan Perdana Kahwin Campur.

Pasangan tersebut terdiri daripada pelbagai bangsa antaranya Melayu,  Cina,  India,  Iban,  Orang Asli, Melaka Chetti dan Baba Nyonya. Perkahwinan campur ini memperlihatkan kepelbagaian bangsa yang hidup majmuk di Malaysia amnya dan khususnya di negeri Melaka.

Menurut Robert Chan dan pasangannya Siamala V. Kanesan, mereka dapat merasakan suasana muhibah apabila pelbagai kaum terdiri dari ahli keluarga terdekat hadir meraikan pasangan pengantin namun yang lebih penting adalah meraikan kepelbagaian bangsa yang menjadi tunjang keamanan negara kita.

“Bukan mudah untuk memahami budaya dan tradisi bangsa lain lebih-lebih lagi apabila hidup bersama dalam membina keluarga bahagia, menerima seadanya setiap kekurangan dan memahami cara hidup budaya bangsa lain membuatkan kita lebih terbuka,” ujarnya.

Manakala bagi Reduan Sukumaran Abdullah yang berbangsa India dan pasangannya Siti Khatijah Hamzah berkata pergaulan dengan masyarakat Melayu sejak dari kecil membuatkannya tidak kekok apabila bertemu jodoh dengan Khatijah yang berbangsa Melayu.

Kaum Orang Asli juga turut serta dalam Majlis Persandingan Perdana Kahwin Campur.

Kaum Orang Asli juga turut serta dalam Majlis Persandingan Perdana Kahwin Campur.

“Hidup kami amat bahagia kerana keluarga menerima seadanya perbezaan malah menggalakkan perkahwinan campur ini, dan dengan perkahwinan campur ini memberi peluang saya mengenal budaya kaum kaum lain,” kata Reduan.

Pelbagai pengisian program yang berlangsung selama tiga hari antaranya ceramah perdana, pameran agensi kerajaan, sukan rakyat, konsert Malaysia di hatiku, kenduri kampung, pertandingan nyanyian lagu patriotik, pertandingan mewarna kanak-kanak, demo masakan Sayangi Sawitku, penyampaian hadiah pertandingan keceriaan Hari Kebangsaan dan persembahan sketsa Rukun Negara daripada Johan Peringkat Kebangsaan, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Durian Tunggal.WhatsApp Image 2019-09-18 at 17.21.42

-KN

Tinggalkan komen anda