Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Tun Juhar Terima Kunjungan PBPM Sabah

By 11 September 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Hazlinah Samsir & Nazri Ramshah Abdul Basah/ Mastim Kiriman (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 11 Sept (Malaysiaaktif) – Pengerusi Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) Sabah, Awang Kassim Awang Gemok dan rombongan melakukan kunjungan hormat kepada Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri, pada Selasa.

Menurut Awang, tujuan kunjungan tersebut adalah untuk memperkenalkan 23 orang ahli jawatankuasa tertinggi persatuan berkenaan.

Awang (enam dari kiri) menyampaikan cenderakenangan kepada Tun Juhar (enam dari kanan).

Awang (enam dari kiri) menyampaikan cenderakenangan kepada Tun Juhar (enam dari kanan).

“Sejak ditubuhkan pada tahun 1972, ini merupakan kunjungan yang pertama kami lakukan dan kami berbesar hati kerana Tun Juhar sudi menerima kehadiran kami.

“Selain itu, kami turut membincangkan mengenai kebajikan ahli PBPM seramai 4,600 orang di Sabah termasuk pesara polis,” katanya.

Tambah Awang, PBPM mempunyai 153 cawangan di seluruh Malaysia dengan seramai 180,000 orang ahli.

Tinggalkan komen anda