Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Ekspresi Semangat Patriotisme Melalui Bakat Peragaan

By 7 September 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Lizza Imelia M. Sulanah (Seberang Perai Tengah)

BUKIT MERTAJAM, 7 Sep (Malaysiaaktif) –
Seramai 20 orang peserta cilik berentap bagi mendapat gelaran johan dalam Pertandingan Pakaian Beragam Kanak-Kanak Sayangi Malaysiaku sempena Program MyMerdeka, di sini hari ini.

Pertandingan memerlukan peserta melakukan persembahan bebas dalam mengekspresikan tema ‘Sayangi Malaysiaku’ selama tiga minit diiringi dengan lagu-lagu patriotik.

Pelbagai persembahan menarik dilakukan oleh para peserta cilik ini antaranya mendeklamasi sajak, menari, menyanyi, bergurindam dan berjalan di pentas peragaan persis peragawati profesional.

Antara persembahan menarik daripada peserta pertandingan.

Antara persembahan menarik daripada peserta pertandingan.

Menurut ibu kepada salah seorang peserta Lakshmi Subramaniam, beliau sentiasa mendorong minat anaknya dalam menyertai bidang peragaan dan beliau amat bersetuju dengan pertandingan pakaian beragam yang bertemakan kemerdekaan ataupun Sayangi Malaysiaku.

“Ia bukan sahaja platform untuk menonjolkan bakat tapi turut dapat menerapkan rasa cintakan negara dalam diri peserta.

“Pertandingan ini juga dapat mengukuhkan perpaduan dan mewujudkan kerjasama dan toleransi atas penglibatan semua kaum iaitu Melayu, Cina dan India,” katanya ketika ditemui.

Auni Firdina Saifun Rizan, 11, dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Pakaian Beragam Kanak-Kanak Sayangi Malaysiaku bagi tahun 2019. Beliau yang mempunyai ketinggian yang luar biasa, mengenakan set pakaian yang cukup cantik, berkeyakinan tinggi serta petah berkata-kata.

-SH

Tinggalkan komen anda