Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMANegeri Sembilan

Amalan Gaya Hidup Sihat Teras Kesejahteraan Hidup

By 18 Oktober 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Hamidah Md Drus (Kuala Pilah)

KUALA PILAH, 18 Okt (Malaysiaaktif) – Kira-kira 500 orang telah memeriahkan Karnival Kesihatan Daerah Kuala Pilah dan Kem Diabetes di Dewan Dato’ Bahaman, di sini semalam.

Pegawai Kesihatan Daerah Kuala Pilah, Dr Noraliza Radzali, semua individu berhak untuk mendapatkan kesihatan yang terbaik, oleh itu karnival yang bertemakan ‘Moh Dogheh Sihat’ ataupun Jom Cepat Sihat  ini amat bersesuai dengan tema Hari Kesihatan Sedunia pada tahun ini iaitu ‘Health for All, Everyone, Everywhere’.

“Objektif karnival selama dua hari ini adalah bagi mempromosikan gaya hidup sihat kepada masyarakat khususnya di daerah ini, masyarakat juga perlu dididik bagaimana amalan gaya hidup mereka mempengaruhi kesihatan mereka yang bermanfaat bermula dari kanak-kanak sehinggalah warga emas,” katanya ketika ditemui.

WhatsApp Image 2019-10-17 at 15.37.06

Pengunjung karnival menderma darah.

Tambah Noraliza lagi, bulan Oktober merupakan bulan kesedaran penyakit kanser sedunia secara am dan kanser payudara khasnya.

“Karnival ini turut menyediakan ujian Mamogram  serta Pap-Smear secara percuma bagi mengesan kanser dari awal dan kempen secara berterusan ini diadakan bagi memberi kesedaran kepada wanita di daerah Kuala Pilah ini tentang bahaya kanser payudara,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ani Jaafar, seorang kakitangan kerajaan berkata, beliau memang menunggu program seperti ini diadakan kerana semua agensi kesihatan dikumpulkan bagi memudahkan orang ramai mendapatkan perkhidmatan dan rawatan awal..

“Usaha Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Pilah menghimpunkan semua agensi kesihatan di sini haruslah dipuji dan ianya harus diteruskan bagi memudahkan masyarakat,” katanya ketika ditemui.

WhatsApp Image 2019-10-17 at 15.37.10

Nazaruddin memukul gong sebagai gimik perasmian karnival.

Antara program yang dijalankan selama dua hari ini ialah senamrobik, ceramah oleh duta ubat, saringan kesihatan percuma, ujian kanser usus, pameran dan kuiz kesihatan, pemeriksaan mata, pemeriksaan gigi serta kempen derma darah.

Karnival anjuran bersama Majlis Kanser Nasional (MAKNA) ini dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu  merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Pilah, Mohamad Nazaruddin Sabtu.

-AK

Tinggalkan komen anda