Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMANegeri Sembilan

Denai Kembara Gunung Angsi Kukuh Kerjasama Antara Agensi

By 7 Oktober 2019Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

˜Laporan/foto: Fauziah Abdullah (Seremban)

SEREMBAN, 7 Okt (Malaysiaaktif) – Lebih 50 orang ahli Jawatankuasa Perancang Gerakan Negeri (JPGN), Negeri Sembilan telah menyertai Denai Kembara Gunung Angsi 2019 anjuran Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sembilan.

Penganjuran program tersebut bertujuan untuk mengeratkan kerjasama dan mengukuhkan hubungan di antara agensi jawatankuasa yang terlibat bersempena dengan Hari Sukan Negara.

Menurut Penolong Pegawai Penerangan MKN Negeri Sembilan Nur Shazreen Harith, berkata aktiviti santai ini melibatkan semua agensi di bawah JPGN yang diselia oleh MKN Negeri Sembilan.

“Bagi penganjuran kali ini, kami memilih untuk mendaki Gunung Angsi kerana ianya dapat membudayakan dan memupuk semangat kesukanan dalam kalangan penjawat awam,” ujarnya ketika ditemui.

Shazreen turut menyatakan bahawa program tersebut dapat meningkatkan semangat muhibbah antara agensi yang terlibat.

“Dengan terjalinnya semangat muhibbah yang jitu, segala hubungan serta kerjasama yang dibina antara agensi akan menjadi lebih kukuh dan berterusan dengan baik,” tambah beliau lagi.

Antara agensi yang terlibat bagi menjayakan program tersebut ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Kastam DiRaja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

-AK

Tinggalkan komen anda