Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanMASabah

Kerajaan Sabah Komited Tingkatkan Penyampaian Perkhidmatan – 10 Bidang Keberhasilan Negeri

By 3 Oktober 2019Tiada komen5 minit bacaan

Laporan/Foto: Fauzrina Bulka/Azman Jumat (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 3 Okt (Malaysiaaktif) – Kerajaan negeri sentiasa menggalakkan jabatan dan agensi kerajaan di negeri ini untuk melakukan penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan awam.

Ini kerana sistem penyampaian yang cekap amat diperlukan bagi menjamin kelancaran dan keberkesanan pelaksanaan dasar dan strategi pembangunan negeri.

Pengarah Unit Penyampaian Perkhidmatan Jabatan Ketua Menteri, Ramlee Kariah.

Pengarah Unit Penyampaian Perkhidmatan Jabatan Ketua Menteri, Ramlee Kariah.

Pengarah Unit Penyampaian Perkhidmatan Jabatan Ketua Menteri, Ramlee Kariah berkata penyampaian perkhidmatan dalam sektor awam ialah satu isu yang sering di perkatakan dan yang perlu diberi perhatian oleh semua kementerian, jabatan dan agensi di negeri Sabah.

“Hala tuju kerajaan serta pelbagai inisiatif yang dirancang untuk dicapai juga tahap perkhidmatan yang memenuhi jangkaan pelanggan bergantung kepada sistem penyampaian perkhidmatan.

“Oleh yang demikian, adalah penting satu pemantauan yang berstruktur dan bersistematik diwujudkan untuk memantau dan meningkatkan tahap penyampaian perkhidmatan di pelbagai kementerian dan agensi.

“Kerajaan Negeri Sabah komited untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan di mana penubuhan Unit Penyampai Perkhidmatan(UPP), Jabatan Ketua Menteri (JKM) telah diluluskan pada 25 Jun 2018.

“Saranan dan komitmen untuk meningkatkan tahap penyampaian perkhidmatan telah disebut oleh Ketua Menteri antaranya semasa ucapan perjumpaan dengan pegawai awam Persekutuan dan Negeri dan juga semasa pembentangan Rang Undang-undang Belanjawan Negeri Sabah 2019 di Dewan Undangan Negeri Sabah,”ujarnya ketika di temui di pejabatnya, pada Selasa.

Perkhidmatan berorientasikan keperluan rakyat dengan menyediakan bahan yang bermutu di perpustakaan negeri.

Perkhidmatan berorientasikan keperluan rakyat dengan menyediakan bahan yang bermutu di perpustakaan negeri.

Menurut Ramlee, antara petikan ucapan Ketua Menteri Sabah tersebut ialah mengenai budaya kerja yang berorientasikan outcome dan pencapaian cemerlang diukur melalui Key Performance Indicator (KPI) ditekankan dalam Perkhidmatan Awam Negeri.

“KPI diwujudkan dengan tujuan meningkatkan kebertanggungjawaban para anggota pentadbiran, wakil-wakil rakyat dan semua penjawat awam dalam merealisasikan hasrat dan inspirasi kerajaan.

“Bagi memenuhi kehendak rakyat, UPP JKM bersama Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri (JPAN) telah menganalisis jangkaan rakyat dan inspirasi pemimpin yang di dokumentasi kan dalam manifesto Pilihan raya Umum ke-14 yang lalu.

“Perkara ini dijadikan keutamaan kerajaan untuk dilaksanakan selain dari core business yang sedia ada,” jelas Ramlee.

Sehubungan itu, UPP JKM telah mengadakan sesi perbincangan dengan semua ketua dan pegawai kanan daripada 11 kementerian dan JKM, untuk mendapatkan input berkaitan teras utama perkhidmatan dan disusuli dengan sesi konsultasi di mana matlamatnya adalah untuk mengenal pasti bidang keutamaan dan petunjuk prestasi utama.

Landasan lapangan terbang Sandakan yang akan dinaiktaraf untuk keselesaan pengguna.

Landasan lapangan terbang Sandakan yang akan dinaiktaraf untuk keselesaan pengguna.

Dengan itu juga, Kerajaan Sabah telah mengenal pasti dan merangka Bidang Keutamaan yang dinamakan 10 Bidang Keberhasilan Negeri@Key Result Area.

10 Bidang Keberhasilan Negeri telah di tetapkan iaitu BKN 1: Jaminan Hak dan Kepentingan Rakyat; BKN 2: Keselamatan, Perpaduan dan Keharmonian Rakyat; BKN 3: Pembangunan Prasarana dan Infrastruktur; BKN 4:Pemilikan Tanah; BKN 5: Pelajaran, Inovasi, Pembangunan Belia dan Sukan; BKN 6:Peningkatan Kualiti Kesihatan Awam dan Kesejahteraan Rakyat; BKN 7: Pelancongan, Perlindungan dan Pemuliharaan Alam Semula jadi; BKN 8:Perindustrian, Perdagangan, Pembangunan Ekonomi dan Sosioekonomi Setempat; BKN 9:Warisan, Keagamaan, Kepercayaan Etnik dan Institusi Kekeluargaan; dan BKN 10: Peningkatan Keupayaan Perkhidmatan Awam.

“Kejayaan misi Kerajaan Sabah iaitu Melestarikan Kemajuan dan Kemakmuran Sabah bergantung kepada pelaksanaan pelbagai inisiatif dalam 10 Bidang Keberhasilan Negeri.

“Oleh yang demikian pelbagai inisiatif yang datangnya daripada jangkaan rakyat dan core business pelbagai Kementerian telah dirangka dan telah di laksanakan bermula 2019.

Perkhidmatan yang baik dapat memenuhi kehendak dan keselesaan rakyat.

Perkhidmatan yang baik dapat memenuhi kehendak dan keselesaan rakyat.

“Pencapaian insitiatif tersebut diukur melalui 316 KPI yang telah dilancarkan pada 6 Disember 2018 oleh Ketua Menteri Sabah.

“Prinsip asas KPI yang diterapkan adalah semua kementerian, jabatan dan agensi pelbagai peringkat perkhidmatan serta semua pegawai mesti ada KPI yang berprinsip.

“Semua anggota mesti ada kerja, sasaran dan tempoh untuk menyiapkan sesuatu urusan atau transaksi mengikut tempoh yang ditetapkan,” katanya.

Tambah Ramlee, 2019 ialah tahun pertama KPI diukur dan dipantau oleh UPP JKM, bagi tujuan meningkatkan kefahaman dan pemantauan prestasi.

Infrastruktur yang disediakan di KK Sentral memberi keselesaan kepada pengguna.

Infrastruktur yang disediakan di KK Sentral memberi keselesaan kepada pengguna.

“Sebanyak 70 sesi konsultasi, bengkel dan lawatan ke pejabat telah dilakukan. Antara yang disemak adalah dokumen dan rekod berkaitan penyampaian, senarai semak dan proses kerja yang diguna pakai semasa menjalankan tugas.

“Setiap Kementerian diminta untuk melaporkan prestasi pada setiap bulan kepada UPP JKM seterusnya dilaporkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri.

“Melalui aktiviti ini, budaya keberhasilan yang diterjemahkan dalam pencapaian KPI dapat dipupuk dan dibudayakan,”katanya lagi.

Dalam pada itu, Penyampaian Perkhidmatan masih perlu dipertingkatkan secara berterusan. Beberapa langkah telah diambil semasa penetapan KPI tahun 2020, antaranya visi, misi dan objektif setiap kementerian disemak semua supaya ia benar-benar selari dengan hala tuju dan Bidang Keberhasilan yang ditetapkan juga menyokong objektif kementerian berkaitan.

“Inisiatif juga dikaji secara terperinci dan KPI disemak dan ditambah mengikut keperluan serta akan dilaksanakan pada tahun 2020 dan selepasnya, begitu juga setiap peringkat delivery point dan pegawai perlu mempunyai KPI masing-masing, mempunyai tugas, sasaran serta tempoh tertentu yang perlu disiapkan.

Perkhidmatan yang terbaik untuk masyarakat dapat dirasakan dengan beroperasinya KK Sentral.

Perkhidmatan yang terbaik untuk masyarakat dapat dirasakan dengan beroperasinya KK Sentral.

“Standard Operating Procedure (SOP), proses kerja disemak (redesigning process) bertujuan untuk memendekkan proses kerja. Selain itu, kementerian dan jabatan diminta supaya lebih kreatif dan menggunakan inovasi dalam proses penyampaian perkhidmatan.

“Peningkatan penggunaan teknologi digital atau transaksi atas talian dalam sistem penyampaian perkhidmatan ialah faktor penting mempercepatkan penyampaian perkhidmatan, selesa dan masa berurusan yang lebih fleksibel.

“Oleh yang demikian bermula pada tahun 2020, setiap kementerian, jabatan dan agensi diwajibkan mempunyai inisiatif serta KPI dalam sistem penyampaian perkhidmatan menggunakan teknologi digital atau transaksi atas talian,”jelas Ramlee.

Katanya, bagi meningkatkan pencapaian KPI dan penyampaian perkhidmatan, kementerian disyorkan untuk meningkatkan kolaborasi dengan pelbagai pihak yang berkaitan sama ada sesama sektor awam negeri atau persekutuan serta entiti luar.

Infografik Pencapaian Jabatan Ketua Menteri sehingga Julai 2019.

Infografik Pencapaian Jabatan Ketua Menteri sehingga Julai 2019.

Katanya juga, pada 2020 UPP JKM akan meneruskan sesi konsultasi dan membuat lawatan ke delivery point untuk melihat tahap pengurusan dan mengenal pasti isu-isu yang boleh menjejaskan tahap penyampaian perkhidmatan seterusnya memperbaiki kelemahan-kelemahan tersebut.

Penyampaian perkhidmatan dan petunjuk prestasi utama adalah saling berkaitan antara satu sama lain, sehubungan dengan itu peningkatan penyampaian perkhidmatan banyak bergantung kepada modal insan, persekitaran organisasi, penggunaan teknologi digital atau urusan atas talian, standard operating prosedure dan amalan kolaborasi.

Bagi menambah baik setiap elemen atas peningkatan keupayaan, kompetensi, inovasi, kreativiti, perkhidmatan berorientasikan rakyat dan penambahbaikan berterusan perlu diterapkan dalam setiap elemen.

ER

Tinggalkan komen anda