Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

 Speaker Corner: Medan Asah Teknik Pengucapan Awam

By 3 Oktober 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Salleh bin Haji Immun/JaPen Sarawak (Kuching)

Kuching (Malaysiaaktif) – Speaker Corner “Yalah Tek” yang diadakan 8.30 hingga 9.30 pagi setiap Rabu di Jabatan Penerangan (Japen) Malaysia Sarawak menjadi platform terbaik untuk mencungkil serta mengasah bakat pengucapan awam dari kalangan pegawai dan kakitangan Jabatan Penerangan.

Setiap sesi Speaker Corner ” Yalah Tek” dilaksanakan, pelbagai tajuk diutarakan oleh Penceramah Jabatan kepada audien dan secara langsung kupasan pelbagai tajuk ini memberikan impak positif kepada peningkatan pemahaman, penjelasan serta pengetahuan yang lebih positif khususnya mereka yang hadir menyaksikan Speaker Corner ini.

Peceramah bukan sahaja dilatih bercakap di hadapan khalayak malah di hadapan Kamera

Peceramah bukan sahaja dilatih bercakap di hadapan khalayak malah di hadapan Kamera

Menurut Abdul Taib Sarbini, penceramah yang terlibat menyampaikan ceramah atau pengucapan awam ini menggunakan pelbagai bahasa termasuk bahasa tempatan, kaedah penyampaian serta gaya bahasa badan yang menarik secara langsung dapat menarik perhatian penonton.

“Mungkin ramai dari kalangan pegawai mahupun kakitangan jabatan yang kurang mahir dalam bidang pengucapan awam maka platform Speaker Corner “Yalah Tek” yang diwujudkan serta dilaksanakan setiap minggu akan menjadi titik tolak ke arah memahirkan, melatih semula dan mencungkil bakat sedia ada mereka dalam pengucapan awam,” ujar Abdul Taib.

Sehingga kini, ramai dari kalangan audien amat berpuashati dengan inisiatif Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak mewujudkan Speaker Corner “Yalah Tek” ini dan secara langsung mampu memberikan impak baik kepada semua pegawai dan kakitangan yang mahu berkongsi maklumat secara umum dan terbuka.

Abdul Taib yakin bahawa jika Speaker Corner “Yalah Tek” ini diberikan penambahbaikan pastinya akan mampu melahirkan seorang Penceramah Jabatan yang mahir dalam bidang pengucapan awam seterusnya akan menggunakan bidang pengucapan awam ini untuk memasarkan dasar-dasar Negara masa kini untuk pengetahuan masyarakat.

Tinggalkan komen anda