Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

KKMM FC dan MPKK Labuan Semarakkan BSN 2019

By 18 Oktober 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 18 Okt (Malaysiaaktif) – Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) FC Labuan dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Labuan bersama-sama menyemarakkan Bulan Sukan Negara (BSN) 2019 dengan mengadakan perlawanan bola sepak persahabatan baru-baru ini.

Menurut Pengarah Jabatan Penerangan Labuan merangkap Pengurus KKMM FC Labuan Supian Musa, perlawanan persahabatan itu adalah tanda sokongan warga KKMM Labuan dan MPKK kepada sambutan BSN.

“Kita ingin sahut seruan kerajaan menjayakan BSN dengan pengisian acara sukan yang pasti dapat menggalakkan warga KKMM sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat.

“Disamping itu kita juga mengambil kesempatan untuk merapatkan hubungan dengan para pemimpin tempatan seperti MPKK yang kita anggap sebagai salah satu rakan strategik yang penting dalam membantu kami menjalankan fungsi serta peranan jabatan di Labuan.

“Jabatan Penerangan akan terus berusaha menjalinkan hubungan serta kerjasama dengan pelbagai pihak di Labuan agar segala dasar-dasar serta informasi dapat kita sampaikan dalam bentuk yang lebih santai sertaΒ  bersifat inklusif,” katanya yang ditemui selepas perlawanan di Padang Bola Sepak Sintetik Kompleks Sukan Labuan, di sini.

Antara aksi menarik perlawanan.

Antara aksi menarik perlawanan.

Pada perlawanan itu, Pasukan MPKK yang diketuai Ketua Kampung Layang-Layangan Faizal Lakat, ketinggalan 1-2 pada separuh masa pertama perlawanan.

Bersambung babak kedua perlawanan, KKMM menambah empat lagi jaringan manakala MPKK hanya menjaringkan satu gol menjadikan perlawanan berakhir KKMM FC menumpaskan MPKK dengan 6-2.

MPKK turut dibarisi Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perbandaran) Perbadanan Labuan Rithuan Mohd Ismail dan Presiden Persatuan Bola Sepak Labuan Sophian Said.

-SH

Tinggalkan komen anda