Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanMASabah

Mantan Penolong Pegawai Daerah Kemabong Dinobat Tokoh Ma’al Hijrah

By 18 Oktober 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/Foto: Sahiman Rahman (Tenom)

TENOM, 18 Okt (Malaysiaaktif) – Mantan Penolong Pegawai Daerah Kecil Kemabong, Kassim Yunus, 63, dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah 1441H/2019M Peringkat Daerah Tenom tahun ini.

Kassim dinobatkan sebagai tokoh Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1441H daerah Tenom.

Kassim dinobatkan sebagai tokoh Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1441H daerah Tenom.

Beliau yang memulakan karier dalam perkhidmatan awam Negeri Sabah pada tahun 1975 pernah berkhidmat di beberapa buah daerah antaranya Beaufort, Keningau, Wilayah Persekutuan Labuan, Kota Kinabalu dan mengakhiri perkhidmatan awam sebagai Penolong Pegawai Daerah Kemabong.

Beliau diberikan pengiktirafan tersebut berdasarkan sumbangannya dalam pembangunan dakwah sama ada di peringkat jabatan dan kampung di daerah ini.

Jamawi(tengah) melancarkan tambung amal Badan Dakwah disaksikan Mas Syazwan(kiri)

Jamawi(tengah) melancarkan tambung amal Badan Dakwah disaksikan Mas Syazwan(kiri)

Terdahulu dalam ucapan perasmian Sambutan Ma’al Hijrah 1441H/2019M Peringkat Daerah Tenom, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.36 Kemabong, Jamawi Jaafar berkata, ketibaan tahun baru Hijrah 1441H perlu diraikan dengan semangat dan iltizam baru untuk kesejahteraan kehidupan di dunia dan akhirat.

“Dengan mengislahkan diri sendiri, keluarga dan masyarakat melalui solusi yang lebih baik adalah sesuai dengan tuntutan hijrah tersebut yang menghendaki umat islam bangun memperkasakan perjuangan bangsa dari kemelut kemunduran, kejahilan dan kemiskinan dari segala aspek dalam kehidupan.

Mas Syazwan(tengah) menerima replika sumbangan kepada Badan Dakwah daripada Jamawi(kanan) disaksikan Yacob(kiri)

Mas Syazwan(tengah) menerima replika sumbangan kepada Badan Dakwah daripada Jamawi(kanan) disaksikan Yacob(kiri)

“Umat islam perlu menghayati perjuangan Nabi Muhammad SAW dan para sahabatnya serta perlu menyokong dan menerima baik pendekatan ”Negara Rahmah Umat Sejahtera” yang merupakan tema sambutan sebagai elemen perangsang pendekatan kerajaan menjana kemajuan dan memperkasakan ummah seterusnya membina kapasti umat yang syumuliah,”katanya.

Beliau turut menyampaikan sumbangan kepada beberapa pertubuhan dan badan agama Islam di daerah ini iaitu Badan Dakwah Daerah Tenom, Kelas Bimbingan Saudara Kita, Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Tenom dan Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) Tenom masing-masing menerima sebanyak RM5000.

Jamawi(tengah) menyampaikan anugerah kepada salah seorang penerima anugerah pelajar Sekolah Rendah Ugama (SRU) cemerlang

Jamawi(tengah) menyampaikan anugerah kepada salah seorang penerima anugerah pelajar Sekolah Rendah Ugama (SRU) cemerlang

Dalam majlis ini juga turut disampaikan beberapa anugerah iaitu Anugerah Masjid Cemerlang, Surau Cemerlang Ar Raudah; Pelajar UPKK Cemerlang dan anugerah Pelajar Sekolah Rendah Ugama (SRU).

Hadir sama, Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) merangkap Pengerusi Sambutan, Mas Syazwan Masood; Pegawai Tadbir Agama, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, Tenom, Ustaz Mohd. Yacob Ismail; Ketua Polis Daerah, Hassan Majid; Pegawai Jabatan Penerangan Daerah Tenom, Sahiman Rahman; Ketua Daerah Tenom, Marius Umbul @ Mohd. Faizal serta masyarakat islam sekitar daerah Tenom dan Kemabong.

ER

Tinggalkan komen anda