Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Lebih 10 Ribu Rai Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Sabah

By 19 Oktober 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: MatFazly Mat Kasim/Volintine Jiloh (Kota Kinabalu)

KENINGAU, 19 Okt (Malaysiaaktif) – Lebih 10 ribu orang membanjiri Kompleks Sukan Keningau dalam acara Larian Bulan Sukan Negara sempena Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Sabah.

Phoon menyampaikan ucapan perasmian.

Phoon menyampaikan ucapan perasmian.

Larian tersebut merekodkan 7,081 penyertaan bagi Fun Run 5 KM dan 3,075 bagi Family Fun Walk 3KM, manakala 300 peserta lagi turut serta dalam Fun Ride 12 KM.

Dalam ucapan perasmiannya, Menteri Belia dan Sukan, Phoon Jin Zhe menjelaskan berdasarkan statistik yang dikeluarkan pada tahun 2018 oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, lebih 50 peratus rakyat di negara ini mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti sukan, riadah dan kecergasan.

Gimik perasmian yang disempurnakan oleh Phoon.

Gimik perasmian yang disempurnakan oleh Phoon.

Katanya, penganjuran Hari Sukan Negara merupakan salah satu usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi menjadikan Malaysia sebagai negara bersukan, selain menjadi wadah perpaduan rakyat dan penyatuan nasional.

Beliau juga menyeru semua rakyat di negeri ini agar dapat menggunakan kemudahan sukan yang disediakan kerajaan bagi memastikan kecergasan tubuh badan sentiasa dapat ditingkatkan.

Maskot BSN bersama salah seorang pengunjung.

Maskot Sukan Sabah 2019 ‘Si Matulai’ bersama salah seorang pengunjung.

Antara yang hadir dalam acara perasmian pada Sabtu ialah Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rasinin Koutis @ Kautis dan Pegawai Daerah, Hassan Mahali.

ER

Tinggalkan komen anda