Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

RM320 Ribu Bantuan Pembangunan untuk Enam Koperasi

By 19 Oktober 2019Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Juslie Bacle/Azman Jumat(Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 19 Okt (Malaysiaaktif) – Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menyampaikan bantuan pembangunan bernilai RM320,000 kepada enam koperasi di Sabah.

Madius ketika menyampaikan ucapan.

Madius ketika menyampaikan ucapan.

Bantuan tersebut diberikan kepada koperasi-koperasi yang terlibat dalam bidang peruncitan dan pemborongan untuk membantu membiayai kos pembinaan dan operasi kedai.

Penerima bantuan tersebut ialah Koperasi Keluarga Bagudat Said Semporna Bhd sebanyak RM100,000; Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Gaya Bhd menerima RM80,000 ; Koperasi Wanita Dinazang Inovatif Kudat Berhad menerima RM60,000; Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Pitas Berhad menerima RM30,000; Koperasi Kampung Luanti Baru Keningau Berhad menerima RM30,000 dan Koperasi Sekolah Menengah St. Francis Convent Kota Kinabalu Berhad menerima RM20,000.

Madius (tiga dari kanan) bersama Mohd Hatta (tiga dari kiri) menyempurnakan gimik perasmian majlis.

Madius (tiga dari kanan) bersama Mohd Hatta (tiga dari kiri) menyempurnakan gimik
perasmian majlis.

Sumbangan disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Perindustrian, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada Majlis Perasmian Satu Daerah Satu Industri (SDSI) anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan, pada Sabtu.

Shafie dalam teks ucapannya yang disampaikan oleh Madius berkata kerajaan komited meningkatkan bilangan usahawan yang berkualiti, berdaya saing, berdaya tahan, berfikiran global dan kompetitif, selain mempertingkatkan keupayaan usahawan tempatan dan Industri Kecil dan Sederhana (PKS).

Madius (tiga dari kiri) menyampaikan replika cek bantuan pembangunan RM100,000 kepada Koperasi Keluarga Bagudat Said Semporna Berhad.

Madius (tiga dari kiri) menyampaikan replika cek bantuan pembangunan RM100,000
kepada Koperasi Keluarga Bagudat Said Semporna Berhad.

“Di Sabah jumlah koperasi yang telah berdaftar dengan SKM terus meningkat daripada 1,150 buah koperasi pada tahun 2014 kepada 1,524 buah pada tahun 2018 dengan keanggotaan seramai 302,513 orang.

“Manakala modal syer koperasi berjumlah RM189 juta dengan aset bernilai RM890 juta.

Madius melawat booth pameran dan jualan produk

Madius melawat booth pameran dan jualan produk

“Pencapaian dan peranan yang dimainkan oleh gerakan koperasi amat perlu diperkasakan.

“Konsep kerjasama dalam berkoperasi menjadi tunjang kepada penyatuan rakyat pelbagai kaum merentasi sempadan agama, bangsa dan perbezaan ideologi.

Penerima-penerima bantuan pembangunan merakamkan gambar bersama Madius (enam dari kiri).

Penerima-penerima bantuan pembangunan merakamkan gambar bersama Madius (enam dari kiri).

“Oleh yang demikian, saya menyeru kepada rakyat Sabah supaya menggerakkan lagi peranan koperasi agar lebih agresif dan berdaya saing untuk menghadapi cabaran global yang memerlukan daya tahan di samping mampu melaksanakan transformasi sekaligus dapat meningkatkan imej, ketrampilan serta keyakinan masyarakat terhadap koperasi,” jelasnya.

Tambah Shafie, kerajaan akan terus memberikan sokongan dan komitmen terhadap apa jua inisiatif bagi membudayakan keusahawanan.

Apa yang penting, ujarnya, usaha berkenaan perlu disusuli dengan perancangan rapi dan tindakan yang berkesan untuk dimanfaatkan sepenuhnya demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Wira Dr Mohd Hatta Md Ramli; Setiausaha Persekutan Sabah, Datuk Samsuni Mohd Nor dan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi.

ER

Tinggalkan komen anda