Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Malam Gala Borneo Craft Textile Martabatkan Produk Kraf Tekstil Sarawak dan Sabah

By 31 Oktober 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nuratirah Abdullah & Norhayati Sarkawi / Mahmud Sulaiman (Kuching)

KUCHING, 31 Okt (Malaysiaaktif)  – Seramai 120 usahawan kraf dari Sarawak, Sabah dan Semenanjung menyertai Malam Gala Bomeo Craft Textile di sebuah hotel terkemuka di Bandaraya Kuching dengan mengetengahkan pelbagai aktiviti seperti Jualan Kraf, pameran produk baharu, demonstrasi kraf, interaktif kraf, peragaan fesyen dan persembahan kesenian dalam perkembangan lain.

 Malam Gala Bomeo Craft Textile ini diadakan bertujuan untuk mempromosi dan memartabatkan produk kraf tekstil dari Sarawak dan Sabah, demikian menurut Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia Datuk Mohamaddin Ketapi dalam ucapannya ketika menghadiri majlis tersebut, disini semalam.

Mohammaddin (kanan) bersalaman dengan Abang Jo (kiri). semasa menghadiri Malam Gala Bomeo Craft Textile

Mohammaddin (kanan) bersalaman dengan Abang Jo (kiri). semasa menghadiri Malam Gala Bomeo Craft Textile

Peragaan fesyen pada malam tersebut adalah kolaborasi pereka fesyen tempatan iaitu Dato’ Tom Abang Saufi, usahawan kraf tempatan iaitu Tanoti Sdn. Bhd. dan Pua Indah Entelprise serta pereka dalaman Kraftangan Malaysia.

Malam Gala Borneo Craft Textile ini menampilkan peragaan fesyan moden dan kontemporari daripada kraf tekstil tempatan ini dengan menonjolkan keindahan motif dan reka corak etnik yang mewakii suku kaun kedua-dua negeri Sarawak dan Sabah antaranya Songket Sarawak, Tenun Pua, Batik Linut dan Sulaman Keringkam dari Sarawak manakala Songket Sabah dan Batik dan Daerah Lahad Datu mewakili Negeri Sabah.

Sarawak Festival yang berkonsepkan ‘Sentuhan Jiwa Warisan Bomeo’ ini adalah bersempena dengan Kuching Waterfront Festival (Sarawak Regatta & Intemational Dragon Boat).

Kraftangan Malaysia juga sedang menganjurkan Festival Kraf Borneo bermula 25 Oktober hingga 3 November 2019 dari jam 10 00 pagi hingga 10.00 malam bertempat di Kuching Waterfront.

 Secara keseluruhan, prestasi utama Kraftangan Malaysia amat memberangsangkan di mana nilai jualan kraf bermula Januari sehingga bulan September 2019 telah mencatatkan nilai melebihi RM370 juta daripada 5,737 usahawan kraf.

Daripada jumlah itu, RM24.2 juta merupakan nilai jualan kraf bagi negeri Sarawak dan RM37.1 juta merupakan nilai jualan kraf bagi negeri Sabah.

Katanya, beliau melihat pencapaian jualan kraf di Sarawak dan Sabah ini sangat membanggakan dengan penglibatan bilangan usahawan kraf kedua-dua negeri seramai 3,070 usahawan.

Turut hadir Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia lbrahim lsma, Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak Azran Arip dan tetamu kehormat yang lain.

Tinggalkan komen anda